Watford FC Berentap Dengan Pasukan Terengganu Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Pada 1982

Watford FC Berentap Dengan Pasukan Terengganu Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Pada 1982


WatfordFC1982

Mungkin ramai tidak mengetahui berkenaan dengan Watford FC yang suatu ketika dahulu pernah berkunjung ke Kuala Terengganu dalam aksi persahabatan menentang pasukan Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Menurut sebuah laman sosial Football Terengganu, pada sekitar tahun 1982/1983 Watford FC hadir bagi siri perlawanan persahabatan dengan skuad Terengganu pada tahun 4 Jun 1982 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah ketika itu hadir dengan bintang mereka iaitu John Barnes dan penyerang Luther Blissett.
Tahun sama juga pasukan Boca Juniors yang diketuai bintang Diego Maradona bertandang ke Stadium Merdeka bagi siri perlawanan persahabatan dengan pasukan Pillihan Selangor.
Keputusan pada perlawanan tersebut, pasukan Terengganu tewas 4-0 kepada Watford FC hasil jaringan J.M.Gilligan (2 gol), M.Patching (1 gol) dan L.Blisset (1 gol).
Dua hari sebelum itu juga iaitu pada 2 Jun 1982, Watford FC juga telah menentang pasukan kebangsaan Malaysia di Stadium Merdeka dan mencatatkan kemenangan 6-1.
Selain itu, dari beberapa maklum balas yang diterima dari komen-komen turut menyatakan bahawa pasukan dari Jerman, FC Berlin juga pernah bertemu pasukan Terengganu pada tahun 1994, namun tiada sebarang maklumat lanjut setakat ini.
Perkara seperti ini mungkin kelihatan biasa, tetapi ia akan menjadi sejarah penting sesebuah pasukan untuk disampaikan kepada generasi akan datang.

Ulasan