SUFFIAN ABD RAHMAN - Gambar Ihsan TFC
KUALA TERENGGANU 17 Ogos - Terengganu menerima berita sedih sebelum sepak mula menentang Negeri Sembilan dalam aksi Piala Malaysia, malam ini selepas penjaga gol utama, Mohd. Suffian Abd Rahman meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 1 tengah hari tadi.
Pengurus pasukan skuad Penyu, Ahmad Shahrizal Yahya berkata penjaga gol berusia 41 tahun itu meninggal dunia di rumahnya yang terletak di Kampung Bukit Tunggal, dekat sini.
“Saya terkejut sebaik sahaja mendapat berita tersebut, saya difahamkan arwah meninggal dunia kerana masalah jantung dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tunggal selepas solat Asar petang ini.
“Semoga arwah Suffian ditempatkan dalam kalangan insan yang beriman dan saya berharap peminat bola sepak khususnya Terengganu dapat mendoakan arwah,” katanya.
Sebelum ini, Suffian telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pada 1 Ogs lalu akibat sakit jantung. Namun, selepas beberapa hari berada di HSNZ penjaga gol itu berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang untuk membuat rawatan susulan. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan