Terengganu FC Dedikasi Kemenangan Buat Allahyarham Suffian Abdul Rahman


Terengganu menerima perkhabaran duka beberapa jam sebelum sepak mula di Paroi. Penjaga gol mereka, Suffian Abdul Rahman telah meninggal dunia.
Kedukaan itu bukan sahaja dirasai oleh kem Terengganu FC, malah turut dikongsi oleh kesemua peminat bola sepak tanah air.
Dalam satu siaran rasmi kelab, TFC menyatakan: “Kemenangan ini kami tujukan buat #Suffian29”
“Perlawanan pada malam ini para pemain sememangnya ingin membuktikan semangat juang mereka tidak akan pudar. Meskipun [pasukan] telah kehilangan salah seorang daripada ‘abang’ mereka yang sering berjuang bersama dan juga telah banyak berjasa dalam mendidik mereka untuk menjadi yang lebih baik.”
“Para pemain tujukan kemenangan pada malam ini khas buat Allahyarham Suffian Ab Rahman dan kita dapat lihat semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh setiap pemain pada malam ini.”
“Alhamdulilah kita berjaya pada malam ini. Terus setia, terus percaya, kita akan terus berjuang!”
“Al-fatihah.”
Terengganu melakar kemenangan dalam perlawanan ke-3 peringkat kumpulan Piala Malaysia, dengan menewaskan Negeri Sembilan 3-1.
Kemenangan ini sekaligus meletakkan Terengganu terus di puncak kumpulan A dengan permulaan sempurna selepas 3 perlawanan.

Ulasan