SEJARAH TERCIPTA, JDT SAH KELAB PERTAMA MALAYSIA TAMPIL DALAM PRO EVOLUTION SOCCER

SEJARAH TERCIPTA, JDT SAH KELAB PERTAMA MALAYSIA TAMPIL DALAM PRO EVOLUTION SOCCER
:
Penerbit permainan video dari Jepun, Konami mengesahkan juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dimasukkan ke dalam Pro Evolution Soccer 2020 (eFootball PES 2020) melalui slot AFC Champions League.
:
Menerusi laman web rasmi Konami, mereka telah mengumumkan senarai pasukan berlesen dan tidak berlesen yang dimasukkan dalam eFootball PES 2020 termasuk nama JDT dalam senarai kelab-kelab yang terlibat dalam AFC Champions League.Seperti yang kita tahu, JDT merupakan satu-satunya kelab dari Liga Malaysia yang bertanding dalam saingan AFC Champions League musim ini. .
:
Sejak tahun 2014, Konami sentiasa menampilkan 32 pasukan terbaik dari seluruh Asia yang berjaya layak ke peringkat kumpulan secara merit di kejohanan tersebut pada musim sebelumnya.
:
Untuk edisi PES 2020, JDT menggantikan tempat kelab dari Hong Kong, Kitchee FC yang membuat penampilan sulung pada musim 2018 sekaligus mencipta satu lagi sejarah sebagai kelab pertama dari Malaysia yang dimasukkan secara rasmi dalam permainan video dari Jepun itu sejak kali terakhir Liga Malaysia tampil dalam FIFA 98 keluaran EA Sports.





View this post on Instagram

SEJARAH TERCIPTA, JDT SAH KELAB PERTAMA MALAYSIA TAMPIL DALAM PRO EVOLUTION SOCCER : Penerbit permainan video dari Jepun, Konami mengesahkan juara Liga Super 6 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah dimasukkan ke dalam Pro Evolution Soccer 2020 (eFootball PES 2020) melalui slot AFC Champions League. : Menerusi laman web rasmi Konami, mereka telah mengumumkan senarai pasukan berlesen dan tidak berlesen yang dimasukkan dalam eFootball PES 2020 termasuk nama JDT dalam senarai kelab-kelab yang terlibat dalam AFC Champions League.Seperti yang kita tahu, JDT merupakan satu-satunya kelab dari Liga Malaysia yang bertanding dalam saingan AFC Champions League musim ini. . : Sejak tahun 2014, Konami sentiasa menampilkan 32 pasukan terbaik dari seluruh Asia yang berjaya layak ke peringkat kumpulan secara merit di kejohanan tersebut pada musim sebelumnya. : Untuk edisi PES 2020, JDT menggantikan tempat kelab dari Hong Kong, Kitchee FC yang membuat penampilan sulung pada musim 2018 sekaligus mencipta satu lagi sejarah sebagai kelab pertama dari Malaysia yang dimasukkan secara rasmi dalam permainan video dari Jepun itu sejak kali terakhir Liga Malaysia tampil dalam FIFA 98 keluaran EA Sports.
A post shared by BrotherhoodJOHOR (@brotherhoodjohor) on

Ulasan