PADANG berkualiti tinggi dan fasiliti kelas dunia merupakan dua elemen utama dititikberatkan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam usaha menjadikan Stadium Sultan Ibrahim Larkin sebagai stadium terbaik di Asia Tenggara.
Stadium dijangka siap selewat-lewatnya Januari tahun depan itu bakal menjadi gelanggang baharu juara Liga Super 2019, JDT yang melakar sejarah tersendiri dengan rekod kejuaraan enam kali berturut-turut sejak 2014.
Tunku Ismail menjelaskan dua elemen itu kunci utama kepada peningkatan mutu bola sepak sesebuah pasukan dan sebagai pemilik, beliau ingin memastikan JDT sentiasa berada di landasan tepat dengan memiliki infrastruktur setaraf pasukan terbaik dunia.
“Saya nak stadium ini jadi terhebat di Asia Tenggara. Nombor satu terbaik, selain diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA,” katanya kepada pemberita selepas aksi persahabatan antara Pilihan TMJ dan Team Media FC di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.
Ulasan
Catat Ulasan