Pesanan Hidetoshi Nakata Buat Penyokong Jepun Di Stadium Larkin Pada November 1997

Screenshot 2019-08-19 at 12.13.01 AM
Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos atau lebih dikenali sebagai Stadium Larkin sememangnya akan kekal terpahat sebagai sebuah lokasi dalam lipatan sejarah bola sepak Jepun selama-lamanya.
Aksi perlawanan play-off Piala Dunia Perancis 1998, Jepun bertemu Iran pada 16 November 1997 dan skuad dibawah bimbingan Takeshi Okada itu berjaya menewaskan Iran 3-2 hasil ‘gol emas’ Masayuki Okano pada minit ke 118 permainan.
Gamat suasana Stadium Larkin yang dipenuhi oleh penyokong Jepun pada ketika itu meraikan kejayaan pasukan mereka layak ke Piala Dunia buat pertama kali. Peristiwa ini digelar sebagai ‘Johor Bahru Kanki‘ atau Delight of Johor Bahru.
hidetoshi nakata

TAKESHI OKADA MERAIKAN KEMENANGAN GOL EMAS MASAYUKI OKANO PADA MINIT 118 YANG MEMBAWA JEPUN KE PIALA DUNIA 1998.
Sejurus tamat, para pemain bersorak gembira dan berlari mengelilingi stadium untuk meraikan bersama penonton yang hadir. Pada ketika itu, media Jepun berjaya mendapatkan Hidetoshi Nakata untuk ditemubual bagi mendapatkan reaksi dari 1997 Asian Footballer of The Year itu.
Beberapa soalan diajukan kepada pemain berusia 21 tahun itu, namun beliau seperti biasa menjawab dengan ringkas dan pendek setiap soalan yang diajukan.
hidetoshi nakata
HIDETOSHI NAKATA KELIHATAN SEDANG MEMBERITAHU SESUATU KEPADA SHOJI JO DALAM PERLAWANAN ‘JOHOR BAHRU KANKI’
NotaHidetoshi Nakata telah beraksi bersama pasukan Jepun dalam semua kejohanan peringkat tertinggi seperti; AFC U16 1992, AFC U19 1994, Piala Dunia U17 1993, Piala Dunia U20 1995, Sukan Olimpik 1996.
Paling mencuri perhatian adalah apabila wartawan Jepun memberikan peluang untuk Hidetoshi Nakata memberikan sepatah dua kata kepada penonton yang hadir memberikan sokongan di stadium pada malam itu.
“Anda telah meriahkan (sokongan) untuk pasukan kebangsaan, buatlah apa saja untuk meriahkan JLeague juga. Terima kasih!”, balas Nakata  dan terus berlalu ke bilik persalinan.
hidetoshi nakata

VISUAL KETIKA HIDETOSHI NAKATA MEMBERIKAN PESANAN KEPADA PENYOKONG JEPUN DI STADIUM LARKIN, NOVEMBER 1997.
Kenapa beliau seolah-olah menyentap perasaan penyokong Jepun?
Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa pada ketika itu, angka kehadiran penyokong ke stadium telah jatuh begitu teruk sejak J.League diperkenalkan pada 1993.
Sebagai rekod, pada musim 1995 angka itu memuncak sehingga 6,439,522 orang (termasuk perlawanan piala domestik) secara keseluruhan yang hadir ke stadium menyaksikan perlawanan.
Screenshot 2019-08-19 at 9.25.27 AM
GRAF KEHADIRAN PENONTON KE STADIUM SEJAK LIGA BOLA SEPAK PROFESIONAL JEPUN DIPERKENALKAN PADA 1993.
Namun, angka kehadiran itu menjunam sehingga mencecah 3,464,906 orang pada musim 1997, dimana tahun mereka mengesahkan tempat buat pertama kali di Piala Dunia. Ketika inilah Hidetoshi Nakata menyeru semua penyokong untuk turun ke stadium memeriahkan suasana liga mereka.
Impak dari penurunan ini telah mengakibatkan penajaan korporat kepada pasukan telah menjadi ‘tawar’ dan ada yang mula mengundurkan diri.
Screenshot 2019-08-19 at 2.29.41 AM
MASAYUKI OKANO DAN TAKESHI OKADA KETIKA HADIR SEMULA KE STADIUM LARKIN DALAM SATU PROGRAM TV PADA TAHUN 2018.
Hidetoshi Nakata, sebagai seorang pemain muda yang paling berpengaruh ketika itu mengajak semua penyokong bola sepak Jepun untuk kembali menghangatkan sokongan bagi memeriahkan suasana saingan liga domestik yang suram teruk ketika itu.
Berdasarkan graf diatas, kita dapat melihat dengan jelas penurunan bilangan penyokong ke stadium bagi saingan J1 League sehingga tahun 2000. Pengenalan saingan J2 League pada 1999 juga merupakan salah satu dari inisiatif bagi meningkatkan bilangan penyokong ke stadium yang dibuat pada ketika itu.
Bertitik tolak dari situ, pelbagai pihak bergabung tenaga berusaha untuk mengembalikan suasana yang pernah mereka miliki di stadium menggunakan pelbagai idea dan cara yang dirasakan sesuai.
DMat-gaU8AE1Iol

Terkini, melalui sebuah laporan rasmi ‘J.League Publication Report 2018‘ yang dikeluarkan pada penghujung musim 2018 menyatakan bahawa J1 League mencatatkan pertambahan purata kehadiran sebanyak +1% (19,064 orang), J2 League +1.1% (7,049 orang) dan J3 League -4.7% (2,491 orang).
Kita juga mengalami masalah yang sama, cuma apa yang membezakan adalah bagaimana menangani masalah ini berdasarkan fakta dan statistik lengkap yang banyak membantu. Apa yang kita sudah lakukan untuk mengatasi masalah ini?

Ulasan