BENJAMIN Mora
JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta'zim (JDT) kekal mengungguli Kumpulan B selepas mengharungi dua perlawanan tanpa kalah, tetapi pengendali JDT Benjamin Mora enggan terlalu selesa sebaliknya menuntut pemain JDT mengekalkan momentum kemenangan peringkat kumpulan.Bagi Mora, pertembungan menentang PKNP FC di Stadium Manjung, Perak pada aksi saingan Piala Malaysia malam esok, begitu mencabar tatkala pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.
Mora beranggapan pertembungan itu pasti sengit memandangkan PKNP FC sudah mula menemui sentuhan kemenangan selepas menewaskan UiTM FC 2-0 pada aksi 8 Ogos lalu.
Mora juga mengakui ia bukan perlawanan mudah buat JDT sama ada beraksi di laman sendiri atau di tempat lawan apabila setiap pasukan dalam Kumpulan B mahu menewaskan skuad Harimau Selatan, dan pemain JDT harus memberi tumpuan melebihi 100 peratus.
Dia juga membayangkan tiada perubahan dalam kesebelasan utama apabila turun menentang PKNP FC dan tampak lega selepas kesemua pemainnya tidak mengalami kecederaan serius.
"Semua pemain berada dalam tahap kecergasan terbaik dan mereka juga tampak begitu konsisten menjalani latihan sebelum bergerak ke Perak dan saya percaya pemain sudah sedia berdepan PKNP FC," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan