Langkau ke kandungan utama

Masih banyak perlu diperbaiki - Mora

DIOGO Luis Santo meraikan jaringannya bersama rakan pasukan dalam

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Walaupun gembira dengan kemenangan yang dilakar Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi kedua Piala Malaysia semalam, namun Benjamin Mora percaya masih banyak perlu diperbaiki pasukannya.
Dalam perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, JDT menumpaskan Petaling Jaya City FC (PJ City FC) 4-2 untuk kemenangan keduanya dalam kempen Kumpulan B.
Diogo Luis Santo meledak dua gol, manakala Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera masing-masing menjaringkan satu gol.
"Sudah tentu kami gembira dengan tiga mata dan keputusan yang diraih tetapi seperti biasa, masih banyak perlu diperbaiki.
"Kami terpaksa bangkit mengatasi kesukaran sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan," kata Mora.
Selepas JDT mendahului 2-0 menerusi gol minit keenam Safawi, diikuti jaringan Diogo pada minit ke-47, PJ City - satu-satunya pasukan yang mengalahkan Harimau Selatan dalam saingan Liga Super mencemaskan tuan rumah apabila mengikat kedudukan 2-2.
Washington Brandao merapatkan jurang pada minit ke-59 dan R. Barathkumar menyamakan kedudukan di minit ke-70.
Begitupun jaringan kedua Diogo pada minit ke-72 dan Cabrera (minit 81) memastikan kemenangan JDT.
JDT yang memburu Piala Malaysia buat kali kedua selepas 2017 kini akan menentang PKNP FC dalam perlawanan ketiga di Manjung, Perak pada Jumaat ini. - UTUSAN ONLINE

Ulasan