KESEMPURNAAN FASILITI TERAS DALAM PERKEMBANGAN KELAB BOLASEPAK JDT

KESEMPURNAAN FASILITI TERAS DALAM PERKEMBANGAN KELAB BOLASEPAK JDT
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sentiasa memberikan fokus dan perhatian kepada aspek kesempurnaan urus tadbir dan perancangan kewangan untuk fasiliti teras. Elemen-elemen tersebut dilihat pemacu utama dalam perkembangan mutu dan kualiti JDT.
FASILITI TERAS
Fasiliti teras yang wajib ada di dalam membina sesebuah pasukan adalah kesempurnaan pusat latihan dan padang stadium. DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja menyifatkan bahawa pelaburan terhadap fasiliti seperti menaiktaraf padang latihan yang mempunyai kemudahan terkini serta padang stadium yang baik adalah sesuatu yang perlu diutamakan terlebih dahulu.
Perbelanjaan kepada fasiliti teras adalah antara perbelanjaan yang tinggi dalam organisasi ini. Penyelenggaraan padang dan kemudahan pusat latihan memerlukan perbelanjaan yang berterusan dan harus diberi perhatian dengan teliti.
DIIKTIRAF OLEH KONFEDERASI BOLASEPAK ASIA (AFC)
Pada tahun 2017, Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memperkenalkan kaedah pelesenan kelab. Setiap persatuan bola sepak negara anggota AFC harus mengeluarkan lesen tersebut namun AFC yang akan menentukan kelayakan sesebuah pasukan itu untuk mendapat lesen tersebut.
JDT telah mendapat pengiktirafan kerana menjadi pasukan terawal dalam Malaysia berjaya mendapatkan lesen tersebut.
Paling menarik, JDT telah menerima pujian kerana mempunyai pengurusan yang mampu untuk mengurus tadbir, mempunyai sumber kewangan yang mencukupi serta menggunakan dana secara telus malah serius dalam membina sebuah kelab bola sepak profesional.
Badan induk Asia itu juga mengagumi dengan usaha-usaha drastik JDT dalam menyediakan kemudahan dan fasiliti yang sempurna khas buat pemain-pemain.
Sumber artikel: Media JST

Imej

Ulasan