KAEDAH PENGGUNAAN ’AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR’ UNTUK MANGSA SERANGAN JANTUNG MENGEJUT
Detik-detik cemas ketika menonton bola sepak boleh menyebabkan seseorang itu mendapat serangan jantung. Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) yang ditambah kepada kaedah resusitasi kardiopulmonari (CPR), dapat menyelamatkan nyawa mangsa.
AED adalah satu alat yang dapat menukar kembali rentak (rhythm) degupan jantung yang tidak normal kepada yang asal. Ini kerana, punca utama kematian adalah disebabkan oleh degupan jantung telah mengalami suatu rentak yang tidak normal (arrhythmia) yang dinamakan Ventricular Fibrillation.
Antara faktor yang boleh menyumbang kepada Ventricular Fibrillation ini ialah serangan jantung di masa lampau, sakit jantung kongenital, penggunaan pil perangsang seperti methamphetamine dan juga penggunaan heroin.
KAEDAH PENGGUNAAN AED
1) Apabila seseorang mangsa tiba-tiba rebah dan tidak bernafas, mulakan CPR. Jika terdapat AED dilokasi berhampiran, ambil dan buka AED dan tekan butang untuk memulakannya. Letak pad pada tempat yang betul iaitu satu di bahagian penjuru dada belah kanan dan satu lagi di bahagian tulang rusuk belah bawah kiri mangsa.
2) Berhenti seketika dari melakukan CPR. AED akan menganalisa degupan jantung mangsa. Dengar arahan dari peti suara AED. Jika AED memberi arahan melakukan renjatan (shock), jauhi diri dari mangsa dan tekan butang "shock".
3) CPR perlu disambung semula selepas arahan dari peti suara memberitahu rentak jantung sudah berubah. AED akan menganalisis sekali lagi rentak jantung dan akan memberi arahan untuk melakukan renjatan kepada mangsa. Jika ambulan dan pasukan paramedic telah sampai, mereka akan meneruskan CPR dan AED sehinggalah mangsa tiba di hospital.
Sumber informasi kesihatan ini dibawakan oleh Dr. Abdul Razak Ahmad, Doktor pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.
———
USING AUTOMATED EXTERNAL DEFIBRILLATOR FOR HEART ATTACK VICTIMS
Getting overly excited while watching football can cause someone to suffer a heart attack. The usage of the Automated External Defibrillator (AED) along with cardiopulmonary resuscitation (CPR) can help save the victim's life.
The AED is a device to restore abnormal heartbeat rhythm back to normal. It is because the main cause of death is due to arrhythmia that is called Ventricular Fibrillation.
Among the factors causing Ventricular Fibrillation are past heart attacks, congenital heart diseases, and stimulants such as methamphetamine and heroin.
HOW TO USE AED
1) When a victim suddenly collapses and is not breathing, begin to perform CPR. If an AED is located nearby, bring it over and switch it on. Place the pads in the correct places, which are the right side of the upper chest and over the rib cage on the left side of the lower chest.
2) Stop performing CPR for a while. The AED will analyse the victim's heart rhythm. Listen to instructions from the AED's audio prompts. If the AED indicates a shock is required, stay clear from the victim and press the "shock" button.
3) CPR should be resumed after voice prompts indicate the heart rhythm has changed. The AED will once again analyse the heart rhythm and instruct a shock to be delivered to the victim. If an ambulance and the paramedic team have arrived, they will continue performing CPR and AED until the victim arrives at the hospital.
This health information is provided by Dr. Abdul Razak Ahmad, team doctor of Johor Darul Ta'zim FC (JDT). Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan