JANGAN LARI, SENTIASA SETIA BERSAMA JDT
Sejak detik penampilan pertama Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) pada tahun 2013, JDT telah dipandang sebagai sebuah kelab yang akan menganggu landskap bola sepak tanah air.
Oleh kerana sentimen dan persepsi ini, kemunculan Harimau Selatan hanya dipandang sepi dan sinis sehinggakan begitu banyak halangan telah dihadapi oleh DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja sepanjang membina empayar kebanggaan Bangsa Johor ini.
KEMUNCULAN KALI PERTAMA, KEKALAHAN KALI PERTAMA
Lapan Januari 2013. JDT membuat penampilan kali pertama dalam kancah bola sepak domestik. Stadium Darul Makmur adalah gelanggang yang menjadi saksi kemunculan buat julung kalinya JDT yang ketika itu sepenuhnya berwajah baru. Namun langkah seakan terencat apabila Harimau Selatan membuka kempen dengan kekalahan tipis 3-2 kepada tuan rumah.
Kekalahan pertama JDT disambut bagai satu pesta satu Malaysia. Mereka mula menarik nafas lega apabila memandang JDT hanyalah sebagai sebuah kelab yang bakal hidup sementara sahaja.
Kekalahan itu memang dirasakan sebagai satu pengalaman yang amat perit untuk diterima namun realitinya itulah petanda dan signal amaran awal setahun sebelum Harimau Selatan bangkit menguasai singgahsana bola sepak Malaysia.
"Kita tidak perlu menjadi hebat untuk memulakan sesuatu, tetapi kita perlu memulakan sesuatu untuk menjadi hebat".- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
USAHA YANG DIPANDANG NEGATIF OLEH BEBERAPA PIHAK
Banyak pihak yang tidak senang dengan kewujudan JDT. Imbas kembali, legenda bola sepak negara Datuk Jamal Nasir pernah menyifatkan JDT sebagai "Punca pemain negara hilang taring". Beliau menyalahkan JDT menjadi penyebab kemerosotan prestasi pemain-pemain kebangsaan ini.
Namun DYAM Tunku Mahkota Ismail berjaya menangkis bahawa tanggapan itu seratus peratus silap apabila baginda telah membuktikan JDT adalah satu organisasi yang membina kerjaya malah menjadi batu loncatan pemain negara ke peringkat yang lebih tinggi.
Dengan segala prasarana, infrastruktur dan pengurusan bertahap dunia, JDT berjaya meningkatkan lagi prestasi pemain untuk beraksi di peringkat antarabangsa.
"Kepada individu-individu yang merasa kurang senang terhadap pembangunan bola sepak negeri Johor, usah bimbang tentang apa yang sedang kami lakukan. Bimbangkan tentang mengapa anda merasa bimbang tentang apa yang kami sedang lakukan"- DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja
Akhir kata, itu hanya sekelumit sahaja halangan yang ditempuhi, hakikatnya banyak lagi memorabilia pahit dan getir yang terpaksa dilalui oleh baginda serta organisasi termasuk para penyokong setia organisasi ulung ini dalam hari-hari meniti perjalanan menuju kejayaan.
Seperti sedang menaiki tangga, sejarah telah membuktikan bahawa setiap musim DYAM Tunku Mahkota Ismail akan berusaha membawa JDT ke satu peringkat ke satu peringkat yang lebih tinggi.
Enam tahun kejuaraan mega negara menjadi milik JDT, maka tidak ada alasan untuk meragui segala perancangan yang mahu diimplementasikan oleh baginda. Bersyukur dan nikmatilah keunggulan ini. Jangan pernah ragu. Jangan sesekali ragu. Jangan lari. Kekal setia. Selamanya Johor.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan