INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | CLOSE TIES BETWEEN RAKYAT AND JOHOR ROYAL FAMILY A KEY TO UNITY - PART THREE

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | JALINAN HUBUNGAN ERAT ANTARA RAKYAT DAN KERABAT DIRAJA JOHOR PENGIKAT PERPADUAN - BAHAGIAN TIGA
Tuah negeri Johor bukan hanya kerana sejarah kegemilangan empayar kerajaannya atau kedudukan geografinya. Ia negeri yang bertuah kerana memiliki kerajaan dibawah naungan Kesultanan Johor itu sendiri yang meletakkan perpaduan rakyat antara tonggak keutuhan dan kestabilan negeri ini.
Rakyat Johor seharusnya merasa bertuah dan berbangga memiliki Sultan dan Kerabat DiRaja yang sering melapangkan masa untuk rakyatnya. Tidak kira dalam apa perayaan atau kebesaran setiap kaum di negeri ini, DYMM Sultan Johor atau DYAM Tunku Mahkota Johor mahupun ahli keluarga DiRaja yang lain berbesar hati meraikan bersama rakyat baginda.
Seperti yang kerap dilakukan oleh ayahandanya, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja turut sering berangkat dengan bersahaja dan mengurangkan protokol sewaktu melawat kampung-kampung di setiap daerah. Hubungan erat di antara raja dan rakyat diperkukuhkan dengan acara santai minum petang dan beriadah bersama.
Sumbangan dan kurnia kepada rakyat yang kurang bernasib baik dari baginda serta keluarga DiRaja sentiasa mengiringi keberangkatan diraja. Kepimpinan seperti ini sudah sebati dalam naluri sejak pemerintahan Kesultanan Johor Moden memerintah negeri bertuah ini. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | CLOSE TIES BETWEEN RAKYAT AND JOHOR ROYAL FAMILY A KEY TO UNITY - PART THREE
Johor's fortunes are not down to just its glorious history of the empire or its geographical location. It is a blessed state for having a government under the reign of the Johor Sultanate that puts the unity of rakyat among its key pillars of the state's integrity and stability.
The Johor rakyat should feel blessed and proud to have a Sultan and a Royal Family that always care for their subjects. Regardless of the celebration or festival of any race in the state, HM Sultan of Johor and HRH Crown Prince of Johor as well as Royal Family members will celebrate the occasion with the rakyat.
As often done by His Majesty, HRH Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Regent of Johor, has often made spontaneous trips and sidestepped royal protocols when visiting villages in every district. The close ties between the ruler and rakyat are strengthened with evening tea sessions and relaxation time together.
Contributions and gifts to the less fortunate rakyat from His Majesty and the Royal Family are often given during royal visits. Such a leadership quality has long been instilled in the Modern Johor Sultanate since reigning in this fortunate state. Allah Peliharakan Sultan.

Imej

Ulasan