Woman Aid Organization: “Terima Kasih TMJ, JDT Dan PBNJ”


Woman Aid Organisation (WAO) merupakan badan NGO yang memberikan bantuan kebajikan, perlindungan dan kaunseling kepada wanita – yang menjadi mangsa pelbagai jenis penderaan.
Selain itu, WAO turut memperjuangkan hak-hak wanita serta menyediakan khidmat guaman kepada wanita yang memerlukan.
Oleh sebab itu WAO sangat aktif dalam usaha mereka memberikan kesedaran kepada masyarakat – terutama sekali wanita berkaitan dengan isu-isu yang berkaitan.
Pertubuhan bukan kerajaan ini sangat rapat dengan agensi lain yang berkaitan – sama ada agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan.
Dalam satu muat naik WAO di Twitter semalam – badan bukan kerajaan tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Tunku Ismali Sultan Ibrahim ataupun yang lebih dikenali dengan panggilan TMJ – pemilik pasukan JDT.
WAO turut mengucapkan terima kasih kepada JDT serta Persatuan Bola Sepak Negeri Johor di atas sumbangan mereka kepada badan tersebut.

Sumbangan amal tersebut adalah daripada cetusan idea TMJ yang mengadakan perlawanan amal All Stars JDT minggu lalu. Perlawanan amal yang menghimpunkan legenda-legenda bola sepak dunia serta pemain-pemain dan bekas pemain JDT.
Dalam perlawanan tersebut, pihak penganjur berjaya mengutip dana sekitar RM680,000 – hasil sumbangan penaja, pembelian tiket, serta lain-lain lagi.


Menjunjung kasih kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor @HRHJohorII, Persatuan Bolasepak Negeri Johor, dan Kelab Bola Sepak JDT @OfficialJohor atas kutipan dana daripada perlawanan JDT All-Stars.

32 people are talking about this
Pihak All Stars JDT telah menyumbangkan RM200,000 daripada kutipan keseluruhan pada malam tersebut untuk disalurkan kepada WAO.
TMJ hanya memberikan respon balas dengan emoji yang ringkas menerusi akaun twitter baginda – tanda baginda juga gembira untuk membantu badan kebajikan tersebut.
Satu usaha yang murni dan wajar diteruskan pada masa akan datang. Kami di semuanyaBOLA berharap acara seperti ini akan diperbanyakkan lagi. Ini bagi menunjukkan bahawa komuniti bola sepak di Malaysia mampu menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat menerusi publisiti sukan ini.

Ulasan