The Harimau Selatan fan page this time highlights a football fan's experience while working in China recently.

NAMA TMJ DAN JDT MASYHUR DI TANAH BESAR CHINA

Ini adalah cerita pengalaman aku ketika dihantar oleh jabatan kerajaan sebagai delegasi ke negara China selama sebulan sepanjang Ramadan yang lalu. Baru kali ini aku berkesempatan menulis akibat kekangan waktu.
Ketika mula berkenalan dengan wakil delegasi dari China seperti biasa akan timbul rasa janggal kerana masing-masing belum ‘ngam’ dan topik perbualan lebih menjurus kepada hal ehwal kedua-dua negara.
Tetapi selepas seminggu, aku mula mendapat rentak perbualan dan sebagai seorang lelaki yang tipikal perbualan pastinya akan berkaitan dengan sukan. Dan apa yang lebih menyenangkan apabila delegasi China ini memang hantu bola sekaligus membuatkan kami rapat.
Apabila berbicara tentang bola sepak tiba-tiba delegasi China ini bertanyakan aku tentang TMJ. Wow!. Itu perkataan pertama yang keluar dari mulut aku. Mereka ini kenal akan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Walaupun aku bukan orang Johor tetapi terbit rasa bangga dan aku seperti ensiklopedia bergerak menerangkan satu persatu tentang TMJ dan JDT kepada mereka dan mereka sungguh tertarik.
Punyalah seronok aku menggoreng hinggakan aku terlupa bertanya pada mereka bagaimana mereka tahu akan TMJ dan JDT. Mereka mengatakan mereka kenal JDT menerusi Liga Juara-Juara AFC kerana salah seorang dari mereka berasal dari Jinan dan adalah penyokong setia Shandong Luneng.
Nah. Dari situ aku yakin 100% dengan apa yang sering dikatakan oleh TMJ. Kenapa ACL sangat penting kepada JDT. Kerana ACL adalah medan pemasaran percuma kepada kelab-kelab yang bertanding. ‘Free bro’. ‘Word of mouth marketing’ adalah promosi terbaik dalam dunia ini.
Dalam pada bangga memikirkan kejayaan demi kejayaan yang diraih JDT dan nama kelab semakin mahsyur hingga ke Tanah Besar China seiring dengan motto “Luaskan Kuasamu Johor”, aku terkedu memikirkan pasukan negeri aku sendiri yang masih ditahap yang lama dan tidak mahu berubah.
Memang sedih. Tetapi itulah realitinya. Ketika penyokong lain hanya mampu bermimpi, penyokong JDT sudah sampai ke Asia. Tidak mustahil mereka akan menggegar dunia pula suatu hari nanti. Tahniah JDT dan kepada negeriku, bangkitlah dari lena yang panjang.
Luaskan Kuasamu Johor.

Ulasan