PEMAIN JDT II (tengah) bersaing dengan pemain Sabah dalam aksi Liga Perdana di Stadium MP Pasir Gudang, malam ini. - Gambar JOHOR SOUTHERN TIGERS
KUALA LUMPUR - Sabah mengorak langkah besar untuk bergelar juara Liga Perdana musim ini apabila menumpaskan pencabar terdekat, Johor Darul Ta’zim (JDT) II 1-0 dalam pertembungan antara dua pasukan teratas di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, sebentar tadi.
Jaringan tunggal Rodoljub Paunovic pada minit ke-59 sudah memadai untuk membantu skuad Tembadau mengukuhkan kedudukan pendahulu liga kepada empat mata mengatasi JDT II.
Malah, Sabah yang mengumpul 37 mata daripada 17 perlawanan juga memiliki kelebihan satu perlawanan ke atas JDT II.
Itu bermakna mereka masih mempunyai tiga perlawanan untuk diharungi berbanding dua perlawanan yang dimiliki JDT II. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan