RETROSPEKSI REVOLUSI TRANSONIK HARIMAU SELATAN

RETROSPEKSI REVOLUSI TRANSONIK HARIMAU SELATAN
"Apa yang saya lakukan selama ini adalah segalanya untuk anda semua. Penyokong JDT dan rakyat Johor."- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) amat bertuah mempunyai seorang pemikir berkebolehan luar biasa yang wujud dalam organisasi. Seorang pejuang ikhlas yang mempunyai variasi dalam agenda perpaduan juga inovasi. Sifat kepimpinan dan wawasan jauh pula telah jadi kombinasi, faktor indikator kelab ini mencapai kejayaan sejak sejarah eksistensi.
Inkarserasi dalam kubus ruang masa, berkoyan-koyan rasa gembira dapat dirasa, setiap tahun tidak lekang dengan kejayaan, mimpi Bangsa Johor benar-benar menjadi kenyataan, umpama riba ditimpa sang rembulan, kurnia dari Tunku, dengan syukur kita simpan rapi dalam kenangan.
Berdirinya Harimau Selatan kini bukan sahaja sebagai sebuah kelab bola sepak dalam identiti yang termutasi, tetapi membawa kepentingan menaikan nama Bangsa Johor supaya tidak dipandang rendah jadi aspirasi.
Kini satu dunia celik mata kepada Harimau Selatan, maka tercapai hasrat yang telah lama Tunku idamkan, akhirnya tercapai matlamat yang telah Tunku sasarkan.
"Sehangat piroklastik matlamat mengalir"
Matlamat? Matlamat Tunku tidak pernah salah alamat, atas predikat coretan ini telah terikat, sesungguhnya matlamat telah menjadi azimat keramat, kerana matlamat Harimau Selatan menjadi gah dan hebat.
Dibentangkan dalam susur perjalanan satu-persatu matlamat, dengan tulang empat kerat, Tunku kerah sepenuh kudrat. Resusitasi sebuah organisasi yang dulunya uzur dan tenat, lalu terbina empayar terunggul sepanjang abad.
Dalam tempoh yang begitu singkat, Tunku mentransformasi JDT secara total sebagai sebuah kelab kerdil yang membangun pesat, membina empayar supaya berfondasi kukuh menjadi objektivisme, tidak malu meletakkan tanda aras yang tinggi walau dihimpit kelompok sinisme.
"Krusial meniti waktu"
Paling membanggakan, prediksi sesetengah pihak bahawa kewujudan Harimau Selatan dianggap hanya seketika dapat mampu bertahan telah dipatahkan, kata-kata hinaan dan cacian berjaya dicampak jauh di tapak pelupusan, hingga satu saat mereka diam tidak mampu lagi membuat ulasan, tahun demi tahun, mereka buntu mencari isu yang ideal untuk cuba dibangkitkan. Hati mereka remuk, jiwa yang hitam kini merebuk.
Imbas kembali, sejak kegagalan menjajah tampuk kejuaraan Liga Super Malaysia musim dua ribu tiga belas, JDT serap kegagalan supaya ianya tidak berbekas. Pada musim baharu seterusnya, JDT tampil dengan semangat luar biasa, dari dalam kepompong, Tunku gesa segera beluncas untuk menjadi rama-rama.
"Setelah mengharungi ribut, kita akan diterangi cahaya mentari"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Tunku percaya dengan tegas, Harimau Selatan perlu ada matlamat yang jelas, kerana itu antigen yang mampu menjulang Harimau Selatan cergas, maka satu sasaran berperingkat, telah Tunku koordinasi tanda aras.
"Implementasi aspirasi"
Hari demi hari, bila bertukar-tukar terbitnya bulan juga matahari, JDT telah berjaya mencapai matlamat menjadi sebuah organisasi sempurna dalam produksi, begitu cemerlang rupa sepuluh per sepuluh taraf kondisi, terbeliak mata yang melihat bagai implikasi impak radiasi.
JDT berjaya mencapai matlamat menjadi kelab yang mempunyai stadium canggih untuk beraksi, berjaya mencapai matlamat sebagai kelab yang memiliki fasiliti dan infrastruktur yang dibina penuh akurasi, berjaya mencapai matlamat menjadi kelab impian setiap pemain tanah air menyarung jersi, berjaya mencapai matlamat menstabilkan pendapatan pemain setanding prestasi, juga berjaya mencapai matlamat mendominasi dan menakluk kancah bola sepak Malaysia, dan terkini JDT dalam proses progresif mencapai matlamat menjadi kuasa bola sepak asia.
Akhir kalam, enam tahun juara Malaya tiada putaran juga rotasi, enam tahun dominasi realiti belum terbalik dalam kondisi!
Dua, empat, empat, tiga, empat menjadi pendinding, konsentrasi kekal tidak pernah berpaling, sesungguhnya JDT kini sukar ditanding, kemajuan dan pencapaian amat sukar untuk dibanding.
"Mereka masih pasif, dikala JDT semakin aktif, timbul rasa posesif, bila jenama JDT menjadi esklusif"
Julang tiga baris kata keramat, meluaskan kuasa matlamat kita tidakkan tamat.
Minta maaf Malaya! Putaran realiti belum terbalik!
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang

Ulasan