KUALA LUMPUR - Pencapaian cemerlang Indra Putra Mahayuddin yang telah meledak lebih 100 gol dalam aksi Liga Super sepanjang kariernya mendapat penghargaan daripada rakan penaja Liga Malaysia (Liga M), 100Plus.
Semalam, Pengurus Penajaan dan Pengaktifan F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd., Engku Isyamuddin Tuan Losin memberikan penghargaan itu sebelum perlawanan Liga Super di antara Kuala Lumpur menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Pada April lalu, Indra Putra yang bakal menginjak usia 38 tahun pada 1 September ini, meledak gol ke-100 ketika menentang PKNS FC dalam aksi di Shah Alam.
Kejayaan Indra, yang merupakan pemain Malaysia pertama melakar pencapaian itu turut mendapat penghormatan daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan