Idea cetusan oleh pemilik JDT iaitu Tunku Mahkota Johor (TMJ) diberikan nama All Stars JDT – perlawanan amal yang menemukan pasukan TMJ JDT berhadapan dengan JDT Rest Of The World.
Perlawanan amal tersebut berlangsung pada malam 30 Jun 2019 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin.
Dalam aksi tersebut para peminat bola sepak tempatan berkesempatan melihat idola mereka dalam lapangan bola sepak satu ketika dahulu – kembali beraksi di hadapan mereka.
Antara pemain yang hadir adalah seperti David Trezeguet, Edgar Davides, Robert Pires, Cambiasso, Zambrotta, Claude Makelele, Marco Matterazzi, Florent Malouda, Bebeto, Rivaldo, Claudio Caniggia dan ramai lagi.
Beberapa pemain JDT juga terlibat dalam perlawanan tersebut. TMJ sendiri turut beraksi. Pasukan beliau TMJ JDT berjaya menang 9-5 dalam aksi tersebut. TMJ menjaringkan 1 gol.
Berdasarkan laporan oleh Harian Metro, perlawanan amal tersebut telah berjaya mengutip sumbangan lebih RM600,000 menerusi kutipan tiket dan sumbangan para penaja.
Dilaporkan 17,000 penonton hadir ke stadium di Larkin untuk menyaksikan perlawanan itu sambil beramal.
Semua kutipan dana tersebut akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Women’s Aid Organisation (WAO) dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor (YKTLJ).
Syabas kami ucapkan kepada pihak penganjuran terutama sekali TMJ, di atas perlawanan amal All Stars JDT yang sulung ini. Diharap ianya akan diteruskan pada masa akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan