Langkau ke kandungan utama

JDT rasmi bergelar juara Liga Super 2019

JDT menjulang piala Liga Super 2019 selepas bergelar juara pada
JDT menjulang piala Liga Super 2019 selepas bergelar juara pada malam ini yang sebelum itu menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, malam ini. - UTUSAN ONLINE/NUR AISYAH MAZALAN
JOHOR BAHRU 19 Julai - Johor Darul Ta'zim (JDT) secara rasminya bergelar juara Liga Super 2019 apabila menjulang piala berprestij itu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin di sini malam ini.
Lebih manis lagi, kemenangan tersebut merupakan kejuaraan keenam berturut-turut kelab selatan tanah air itu sejak 2014.
Perarakan membawa masuk piala berkenaan ke dalam stadium disempurnakan Askar Timbalan Setia Negeri (JMF).
Terdahulu, dalam perlawanan terakhir skuad Harimau Selatan di laman sendiri, mereka terpaksa berpuas hati apabila berkongsi mata dengan Terengganu selepas kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 3-3.
Keputusan itu bagaimanapun tidak merencatkan sambutan kejuaraan JDT yang berlangsung di Dataran Bandaraya Johor Bahru, malam ini.
Dianggarkan seramai 5,000 penyokong JDT akan berkumpul bagi meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka mencatat hatrik berganda.
Sementara itu, dalam satu majlis yang diadakan petang tadi juga di Dataran Bandaraya Johor Bahru, JDT menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record (MBOR) atas kejayaan itu. - UTUSAN ONLINE

Ulasan