KUALA TERENGGANU: “Ini kumpulan paling menarik,” kata pengendali UiTM FC Ismail Zakaria selepas pasukannya diundi bersama juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia yang bakal bermula Ogos ini.
KUALA TERENGGANU: “Ini kumpulan paling menarik,” kata pengendali UiTM FC Ismail Zakaria selepas pasukannya diundi bersama juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Piala Malaysia yang bakal bermula Ogos ini.
Selain skuad Harimau Selatan yang diletakkan sebagai pasukan pilihan, dua lagi pasukan yang bakal bertarung untuk merebut dua slot ke peringkat suku akhir dalam Kumpulan B ialah PKNP FC dan Petaling Jaya Cty FC (PJ City).
Ismai yang digelar pakar 'pembunuh pasukan gergasi’ menyatakan apa yang menariknya dalam kumpulan itu ialah pasukannya berpeluang bertemu JDT yang juga juara enam kali berturut-turut liga utama itu.
“Ini peluang menarik dan pengalaman yang berharga kepada pemain untuk membuktikan kemampuan mereka bertemu juara Liga Super yang juga kelab pertama dari Malaysia yang mewakili negara bersaing dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL),” kata Ismail.
“Selain itu, saya percaya pemain kami yang terdiri daripada penuntut universiti akan lebih matang bersaing dalam Liga Perdana musim depan selain dapat merasai pengalaman beraksi dengan barisan pemain JDT terutama di Larkin.”
Mengulas lanjut, Ismail yang penah melakar sejarah membawa pasukan kerdil, Sime Darby FC mara ke pentas final Piala FA pada tahun 2012 sebelum tumpas 1-0 kepada Kelantan menyifatkan undian dalam kumpulan itu adalah adil.
“Kami tidak akan memberi laluan mudah ataupun membenarkan pintu gol dibolosi lawan sebaliknya bertekad untuk melakar kejutan dalam saingan piala berprestij itu.
“Namun begitu, JDT adalah pasukan pertama yang saya jangka akan layak lebih awal ke peringkat suku akhir manakala peluang tiga lagi pasukan adalah seimbang," katanya.
Ulasan
Catat Ulasan