TAWARAN ISTIMEWA UNTUK AHLI YAYASAN JDT

TAWARAN ISTIMEWA KHAS UNTUK AHLI YAYASAN JDT
Berita gembira buat ahli Yayasan JDT yang mahu menyaksikan legenda bola sepak dunia dalam perlawanan amal ‘All-Stars Friendly’ di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada 30 Jun 2019.
Tiket perlawanan bagi tempat duduk grandstand dan tempat duduk terbuka (Pintu A, B dan C) boleh mula dibeli di kaunter Restoran Selasih, Dataran Bandaraya Johor Bahru bermula 28 Jun 2019 mulai jam 11.00 pagi sehingga jam 5.00 petang sementara tiket masih ada.
Harga jualan tiket:
Grandstand - RM50.00
Pintu A & B - RM20.00
Pintu C - RM30.00
Setiap ahli Yayasan JDT layak membeli maksimum dua (2) keping tiket grandstand dan maksimum empat (4) keping tiket tempat duduk terbuka. Tiket adalah terhad dan tertakluk kepada konsep ‘first come, first serve’.
Sebarang info lanjut dan keistimewaan untuk ahli Yayasan JDT akan kami salurkan dari semasa ke semasa. Teruskan sokongan anda kepada kami.

Imej

Ulasan