Langkau ke kandungan utama

Pemain tempatan, import JDT sama handal

AKSI Safawi Rasid (kiri) ketika bersaing dengan bintang tengah
AKSI Safawi Rasid (kiri) ketika bersaing dengan bintang tengah Shandong Luneng, Marouane Fellaini dalam saingan Liga Juara-Juara Asia, April lalu. - AFP
KUALA LUMPUR - Berakhir perlawanan Liga Super ke-15 dan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bulan lalu memperlihatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menjaringkan 37 gol untuk semua pertandingan disertai.
Daripada 37 gol tersebut, sembilan pemain telah berjaya mencetak nama sebagai penjaring dan 23 gol dihasilkan oleh empat pemain import JDT manakala 14 dijaringkan lima pemain tempatan.
Statistik itu menunjukkan pemain tempatan mampu mengimbangi jumlah jaringan pemain luar, dan JDT jelas tidak mengharapkan kepada penyerang sahaja untuk menjaringkan gol.
Menurut Facbook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, dua pemain tempatan, Safawi Rasid dan Syafiq Ahmad berjaya menjaringkan gol menarik dalam ACL, menyamai dua gol yang dijaringkan penyerang import Harimau Selatan, Diogo Luis Santo. - UTUSAN ONLINE

Ulasan