MSL: JDT Sah Juara Liga Super 2019 Dengan Kemenangan Di Melaka


JDT mengesahkan status Juara Liga Super 2019. Ini merupakan kejuaraan Liga Super ke-6 mereka – dan juga kejuaraan ke-6 berturut-turut selepas membenam Melaka di Stadium Hang Jebat.
Juara bertahan JDT bertandang ke Melaka, sehari selepas Pahang tewas 5-2 di tangan Selangor di Stadium Shah Alam semalam. Ini bermakna JDT memerlukan hanya 1 kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan mereka pada musim ini.
Kedua-dua pasukan menyenaraikan pasukan terbaik yang mereka ada untuk perlawanan kali ini.



View image on TwitterView image on Twitter

Berikut merupakan barisan kesebelasan utama untuk perlawanan LS18 diantara ketika ini.

JDT tidak menunggu lama, apabila pada minit ke-7, Nazmi Faiz meletakkan pasukan pelawat di hadapan.
Ianya berpunca daripada keadaan kelam-kabut di hadapan pintu gol pasukan Melaka. Nazmi Faiz mengambil kesempatan sebaik mungkin.




7'| GOL NAZMI FAIZ!

Nazmi Faiz Mansor membuka jaringan pertama pada malam ini selepas kekalutan dihadapan pintu gol Melaka! Tuan rumah ketinggalan ketika ini!@MelakaUnitedSA 0-1 @OfficialJohor


20 minit selepas itu, giliran pemain bintang mereka, Diogo Santo pula menambah 1 lagi gol untuk memastikan JDT mendahului 2 gol berbalas 0.
Diogo menerima hantaran Corbin Ong dan berjaya menjaringkan gol dalam keadaan beliau berhadapan dengan 2 pertahanan Melaka – di hadapan beliau – di dalam kotak penalti. Diogo melakukan percubaan yang tepat.


27'| GOL DIOGO!

Diogo menggandakan kedudukan buat JDT selepas kawalan bola yang baik dari beliau menghasilkan gol ke-10 beliau musim ini! @MelakaUnitedSA 0-2 @OfficialJohor

72 people are talking about this
JDT masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 2 gol.
Bersambung pada babak kedua, JDT terus menguasai perlawanan. Melaka beberapa kali cuba menyerang balas pasukan JDT.
Melaka kemudian merapatkan jurang gol menerusi jaringan Shukor Adan pada minit ke-83. JDT kini cuba mempertahankan kelebihan 1 gol mereka untuk memastikan mereka sah menjadi juara.
Segalanya berpunca apabila Melaka diberikan sepakan penalti. Namun Davy Angan gagal menyempurnakannya. Shukor Adan melakukan tindakan susulan yang baik untuk memastikan gol untuk pasukan Melaka.


84'| GOL SHUKOR ADAN!

Melaka cuba untuk bangkit dalam perlawanan ini selepas Shukor Adan menyambar rebound dari penalti Davy Angan untuk gol pertama tuan rumah!@MelakaUnitedSA 1-2 @OfficialJohor

16 people are talking about this
Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-2, kemenangan memihak kepada pasukan pelawat JDT.
Dengan kemenangan ini, JDT kini mengutip 46 mata dengan baki 4 perlawanan. 16 mata meninggalkan Pahang yang masih ada 5 lagi baki perlawanan.


FT'| JDT SAHKAN KEJUARAAN KALI ke-6

Gol dari Nazmi Faiz dan Diogo memberikan mata penting untuk JDT mengatasi Melaka sekaligus mengesahkan kejuaraan Liga Super 2019 pada musim ini! Tahniah JDT!@MelakaUnitedSA 1-2 @OfficialJohor

61 people are talking about this
Tahniah diucapkan kepada JDT, para pemain, staf kejurulatihan, para penyokong dan semua yang berkaitan – di atas kejayaan Liga Super 2019. Sekaligus mengukuhkan dominasi JDT lebih setengah dekad dalam Liga Super Malaysia.

Ini juga bermakna JDT kini duduk bersama dengan Selangor dalam rekod pasukan paling banyak memenangi liga utama iaitu Liga Super (dahulunya dikenali Liga Perdana) dengan 6 kejuaraan.

Ulasan