MB Bayangkan Penstrukturan Bola Sepak Selangor Bakal Ikut Model JDT, TFC

Bola sepak di negeri Selangor akan tampil berwajah baharu pada musim hadapan sekiranya laporan dari Berita Harian ini direalisasikan pada masa terdekat.
Menurut akhbar nasional itu, penstrukturan bola sepak di Selangor akan mengambil model yang lebih baik melibatkan tiga entiti utama di negeri tersebut iaitu Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), PKNS FC, dan juga Selangor United.
Tatkala FAS mengendalikan Selangor FA di saingan Liga Super bersama-sama PKNS FC pada musim ini, satu lagi wakil dari negeri tersebut, Selangor United kini beraksi di saingan Liga Premier.

Perubahan tersebut disahkan sendiri akan dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari semalam demi memperkemaskan struktur bola sepak di Selangor, khususnya dari segi bajet.

Formula JDT & TFC

Menurut Amirudin, penstrukturan semula bola sepak di Selangor akan dilakukan secara menyeluruh membabitkan peringkat pembangunan akar umbi, sehinggalah kepada pasukan profesional yang akan bertanding di saingan Liga Malaysia.

Antara formula yang turut termasuklah seperti yang sudah diamalkan oleh JDT dan Terengganu FC – dimana pasukan simpanan atau lebih dikenali sebagai feeder club turut diwujudkan di divisyen kedua.

Bercakap kepada Berita Harian, Amirudin dipetik sebagai berkata:
“Saya lihat kalau kita tidak berjaya selaraskan pasukan ini baik daripada akademi sehinggalah pasukan Liga Super, kita mungkin sedikit sebanyak membazirkan peruntukan dan kos sesama kita.
“Sebagai contoh, kerajaan negeri menyediakan RM12 juta untuk bola sepak Selangor pada tahun ini sementara PKNS FC memperuntukkan RM12 juta. Kalau kita dapat gabungkan dana ini dengan tambahan daripada anak syarikat, kita sebenarnya ada peruntukan yang setanding dengan pasukan teratas seperti JDT dan Pahang,” jelas beliau.

Belum muktamad

Bagaimanapun Amirudin turut berkata ada beberapa model lain yang turut menjadi pertimbangan selain daripada apa yang telah diamalkan oleh JDT dan TFC.
Untuk itu, model penstrukturan semula bola sepak Selangor hanya akan dimuktamadkan pada Julai nanti dengan penghasilan satu cetak biru yang boleh dipersetujui oleh setiap pihak yang terlibat.
Aksi Rufino Segovia ketika menentang PKNS FC. FOTO: FA Selangor
Menteri Besar Selangor itu turut tidak kemungkinan sama ada PKNS FC atau pun Selangor United bakal dijadikan sebagai feeder club kepada pasukan utama Selangor, namun mengakui langkah tersebut memerlukan keterbukaan daripada semua pihak.
“Kita sudah membincangkan perkara ini sejak tahun lepas dan masing masing nampak setuju dengan idea pelarasan ini. Mungkin PKNS FC atau Selangor United (jadi feeder club),” tambah beliau.
Amirudin turut menggariskan beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sepanjang proses penstrukturan; antaranya kekuatan pasukan, tarikan penyokong, sejarah dan program pembangunan.

Ulasan