Langkau ke kandungan utama

Legenda bola sepak dunia beraksi di Johor

KESEBELASAN utama JDT TMJ - JST
KESEBELASAN utama JDT TMJ - JST
KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak dunia akan berkampung di Johor untuk beraksi dalam satu perlawanan amal di Stadium Tan Sri Hassan Yunor, Larkin pada 30 Jun ini.
Legenda Brazil, Ronaldo akan menyertai pasukan JDT TMJ yang turut dibarisi oleh pemilik kelab bola sepak itu sendiri, Tunku Ismail Sultan Ibrahim Robert Pires, Marco Materazzi, Cambiasso, Claude Makalele, Florent Malouda dan ramai lagi.
Pertahanan JDT, Adam Nor Azlin, Hariss Harun, Haziq Nadzli, Safawi Rasid, Akyar Rashid dan beberapa pemain Harimau Selatan turut terlibat dengan menjadi pemain simpanan.
Lawan mereka iaitu JDT Rest of The World dibarisi Bebeto, Edgar Davids, Rivaldo malah turut menyaksikan penjaga gol mereka iaitu Izham Tarmizi selain Syazwan Andik dan Aidil Zaquan Adha Abd. Razak juga membarisi kesebelasan utama pasukan.
Dalam satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, kesemua legenda tersebut akan meluangkan masa mereka untuk mengadakan sesi klinik kejurulatihan dan sesi autograf.
“Para legenda bola sepak juga akan mengadakan sesi ’coaching clinic’ dan juga sesi autograf serta peluang merakamkan foto pada 1 Julai ini. Semua hasil kutipan akan disumbangkan kepada Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan Women’s Aid Organisation,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Ulasan