Langkau ke kandungan utama

JDT TMJ belasah JDT Pilihan Dunia 9-5

JDT

Tunku Ismail (kiri) diasak pemain JDT Pilihan Dunia, Edgar Davids pada perlawanan amal di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin malam ini.- Foto oleh JOHOR SOUTHERN TIGER
Pasukan Johor Darul Takzim pilihan Tunku Mahkota Johor (JDT TMJ) berjaya menundukkan JDT Pilihan Dunia 9-5 dalam perlawanan amal di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin hari ini.
Gol-gol kemenangan pasukan JDT TMJ dihasilkan bekas pemain Piala Dunia Itali, Marco Materazzi minit ketiga manakala bekas pemain Perancis, Frorent Malouda pula menghasilkan gol m-4, m-11 dan m-66.
Robert Pires turut mencatatkan selaku penjaring gol menerusi gol keempat dan keenam (m-15 dan m-44) diikuti Tunku Ismail Sultan Ibrahim minit ke-23.
Pada minit ke-50, Trezequet menghadiahkan gol ke tujuh perlawanan manakala Malouda sekali lagi menghasilkan gol kelapan minit ke-66 manakala Diogo Santo meledakkan gol kesembilan pada m-89 perlawanan.
Lima gol bagi pasukan JDT Pilihan Dunia pula dihasilkan Louis Saha (m-20), Rivaldo Ferreira (m-42 dan m-46), Edgar David (m-57) dan Claudio Caniaggia (m-59).
Perlawanan amal bintang dunia berjaya menarik lebih 17,000 peminat bola sepak bukan sahaja dalam negara malah penonton dari negara luar. - K! ONLINE.

Ulasan