Dari kaca mata TMJ: Stadium Sultan Ibrahim, stadium terbaik ASEAN (Bahagian 4)
Hari ini, laman sosial Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), JOHOR Southern Tigers berkongsi mengenai perkembangan terbaharu pembinaan Stadium Sultan Ibrahim, stadium yang akan menjadi gelanggang baharu pasukan JDT.
Dalam temubual pengulas Liga Super, Keeshaanan Sundaresan bersama pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), baginda memberikan jangkaan tempoh siap stadium itu sekitar oktober tahun ini. Bagaimanapun, Tunku Ismail memberikan lebih masa kepada kontraktor pembinaan bagi memastikan hasil terbaik sesuai dengan harapan baginda agar stadium itu menjadi yang tercanggih di rantau ini.
“Stadium ini akan menjadi stadium tercanggih sekali di rantau asia tenggara dalam konteks stadium bola sepak, dan ia dijangka siap dalam bulan Oktober, tetapi saya memberi penangguhan mungkin sehingga Disember kerana saya tidak memerlukan stadium ini sebelum tahun hadapan. Saya perlukannya sekitar Februari.
Ulasan
Catat Ulasan