Dari kaca mata TMJ: Pemain JDT paling konsisten (Bahagian 2)
Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak lekang daripada dibarisi pemain-pemain hebat samada dalam kalangan pemain tempatan mahupun asing.
Ketika pengulas Liga Super, Keeshaanan Sundaresan begitu kagum dengan persembahan dan konsistensi pemain sayap serba lincah JDT, Gonzalo Cabrera yang telah menjaringkan 9 gol dalam 17 perlawanan Liga Super 2019, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim mempunyai pandangan lain mengenai pemain paling konsisten di JDT, ketika ini.
Baginda yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) lebih mengagumi sumbangan yang diberikan oleh pemain import yang kuota ASEAN pasukan JDT iaitu Hariss Harun. TMJ melihat Hariss Harun telah menunjukkan kualiti bertaraf asia dengan tampil begitu cemerlang dalam saingan domestik dan juga saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini.
“Ada lagi seorang pemain, semua orang tak nampak, beliau adalah tulang belakang kepada JDT.. Hariss Harun.
“Dalam bola sepak ramai yang memberikan tumpuan kepada pemain yang menjaringkan gol tetapi saya lebih suka memberi tumpuan kepada pemain yang melakukan kerja kotor.
“Awak boleh lihat di mana Hariss Harun yang merupakan seorang pemain ASEAN, sangat tenang bukan sahaja dalam saingan bola sepak tempatan tetapi juga dalam pertandingan antarabangsa sebagai contoh saingan ACL.” titah baginda ketika temubual bersama pengulas Liga Super, Keeshaanan Sundaresan.
Namun, baginda turut tidak menafikan konsistensi pemain sayap Argentina-Iraq, Gonzalo Cabrera bersama pasukan Harimau Selatan. Malah, baginda berasa amat bertuah kerana JDT dipenuhi dengan pemain-pemain yang berkualiti tidak kira kalangan pemain asing mahupun anak tempatan.
Dan kesemua mereka memainkan peranan penting kepada pasukan Harimau Selatan dalam mengharungi musim yang penuh dengan cabaran dan halangan tidak kira saingan domestik ataupun antarabangsa.
“Gonzalo Cabrera juga sangat konsisten, dia merupakan seorang pemain yang hebat. Dan pada pendapat saya, JDT amat bertuah dan bernasib baik ada pemain seperti Gonzalo Cabrera, Hariss Harun, Diogo, Mauricio dan semua pemain tempatan yang ada.
“Bagi kami, kami mempunyai pemain-pemain terbaik dan berkualiti tetapi semua pemain adalah mustahak kepada kelab.” titah baginda lagi.
Ulasan
Catat Ulasan