TMJ Sahut Cabaran Perlawanan Persabahatan Dengan Pasukan Syed Saddiq Di Larkin


TMJ menyahut cabaran yang dilontarkan Syed Saddiq untuk bermain perlawanan persahabatan. Segalanya bermula apabila TMJ menyuruh Menteri Belia Dan Sukan – Syed Saddiq mendalami ilmu bola sepak – bukannya menjadikan bola sepak sebagai kelangsungan politik.
TMJ berkata: “Pertama sekali, kamu [Syed Saddiq] harus belajar menendang bola. Cuba untuk melibatkan diri dalam industri bola sepak demi kelangsungan politik adalah satu jenaka.”
“Cuba untuk memandang rendah apa yang saya telah capai dalam bola sepak, ibarat ‘clown fish’ yang cuba memberikan komen tentang apa yang harus dilakukan oleh jerung untuk berenang dan memburu.”

“Tumpukan sahaja perhatian kepada E-Sukan. Ataupun buat benda yang kamu pakar iaitu ‘kencing’ dan ‘sucking up‘. Sekarang pergi dan bermain di tempat lain Picasso.”
Kenyataan itu telah dibalas oleh Syed Saddiq yang berkata: “Saya berbesar hati beliau pernah melihat saya bermain bola sepak. Malah ibu saya sendiri tidak pernah [melihat saya bermain].”
“Mungkin saya harus menjemput beliau untuk [perlawanan] persahabatan. Ianya sentiasa cara terbaik untuk mengurangkan ketegangan.”
I am honoured that he has seen me play football. Even my mum hasn’t 😝
Should invite him over for a friendly. Always good to ease the tension.

625 people are talking about this
Perkara itu kemudian dipanjangkan lagi oleh pengamal media – Vijhay Vick yang merasakan idea perlawanan persabahatan itu harus dipertimbangkan.
Dalam muat naik di Twitter semalam Vijhay berkata: “Pasukan @HRHJohorII [TMJ] vs Pasukan Syed Saddiq di atas padang bola sepak. Kita ada padang yang sangat bagus di pusat latihan JDT. Juga ada 3 jenis permukaan.”
TMJ bersetuju dengan cabaran itu dengan berkata:
“Cabaran diterima. Larkin sentiasa terbuka untuk pasukan Picasso. Kemudian cabaran skil 1 lawan 1 sebagai Gladiator mesti ada. Rasanya perkara ini boleh dilakukan tidak lama lagi, atau adakah kita kena tunggu sehingga Man. City membeli kelab Malaysia terlebih dahulu?”
Ada juga warga twitter yang sudah menyiapkan montaj khas kompilasi aksi TMJ dan Syed Saddiq.

Ulasan