THE POWER OF JDT – KEJUARAAN DAN REKOD YANG BAKAL MENANTI – 4 KEMENANGAN SAHAJA LAGI
Liga Super Malaysia baharu sahaja selesai 15 perlawanan sehingga ke hari ini kecuali satu perlawanan yang tertunda melibatkan Pahang dan Felda United.
Perlawanan tersebut ditunda bagi menghormati kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al Muadzam Shah yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Rabu, 22 Mei 2019.
Malaysian Football League (MFL) telah membuat keputusan untuk menangguhkan perlawanan tersebut ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Liga Super 2019 akan berehat panjang hampir 3 minggu selepas ini dan akan bersambung pada 16 Jun nanti. Ketika itu nanti liga akan bersambung bagi menghabiskan baki 7 perlawanan lagi sebelum menutup tirai Liga Super Malaysia 2019.
Dengan JDT yang sudah mengutip 39 mata setakat 15 perlawanan, agak sukar untuk dipintas oleh pasukan lain. Mungkin boleh dikatakan satu keajaiban untuk pasukan lain menghalang kemaraan JDT yang begitu rakus mengejar kejuaraan keenam berturut-turut sejak 2014.
Bermain bunga api lebih awal ? Bila ?
Mungkin iya dan tak mustahil. JDT hanya memerlukan kemenangan 4 perlawanan lagi daripada baki 7 perlawanan. Itu pun sekiranya Pahang menang melawan Felda United nanti.
Namun sekiranya Pahang tewas mengejut pada perlawanan itu, maka JDT hanya tinggal 3 perlawanan lagi untuk dimenangi dan seterusnya mencipta rekod baharu juara Liga Super enam tahun berturut-turut (2014 hingga 2019).
Sekiranya tiada sebarang masalah, tidak mustahil jika JDT dapat memenangi baki 4 lagi perlawanan lebih-lebih lagi 3 daripada perlawanan tersebut berlangsung di kubu kuat JDT, Stadium Larkin.
JDT mempunyai baki 3 perlawanan di tempat sendiri bertemu Selangor, PJ City dan Terengganu. Manakala baki 4 perlawanan di tempat lawan bertemu PKNP, Melaka United, Perak dan Kuala Lumpur.
Perlawanan terakhir JDT bagi melengkapkan musim Liga Super 2019 adalah menentang Terengganu di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, JB.
Disamping rekod kejuaraan Liga Super 6 tahun berturut-turut, ada satu rekod yang diburu oleh pasukan JDT iaitu rekod musim Liga Super tanpa kalah (invincible) seperti yang direkodkan JDT pada musim 2016.
Double rekod ? Bolehkah dan mampukah JDT catat kedua-dua rekod tersebut sekaligus ? Juara enam kali berturut-turut dan semua 22 perlawanan tanpa kalah ?
Foto : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan