TAHNIAH KAPTEN FARIZAL MARLIAS !
Tahniah kepada penjaga gol JDT, Farizal Marlias kerana telah dilantik menjadi kapten skuad Harimau Malaya yang baharu. Sebelum ini Zaquan Adha merupakan kapten Harimau Malaya. Namun oleh kerana beliau (Zaquan) tidak berada dalam skuad yang baharu ini, maka Farizal diberi tanggungjawab menggalas tugas tersebut.
Perlantikan beliau oleh ketua jurulatih Tan Cheng Hoe adalah berdasarkan statusnya sebagai pemain yang paling berusia dikalangan pemain yang menyertai skuad Tan Cheng Hoe ini yang dijadualkan berdepan dengan Nepal pada hari Ahad ini sebagai persiapan menghadapi play-off Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022.
Pada 07 dan 11 Jun ini, Malaysia akan menentang Timor Leste. Perlawanan itu juga merupakan kelayakan ke Piala Asia 2023 nanti.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan perlantikan tersebut yang menurut beliau ia telah dibuat dengan teliti. Tan Cheng Hoe telah mencadangkan sendiri nama Farizal yang berusia 33 tahun itu.
“Farizal akan mula menggalas tugas selaku ketua pasukan dalam perlawanan persahabatan bertemu Nepal, Ahad ini sebelum menghadapi perlawanan timbal balik bertemu Timor Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.
“Pengalaman yang dimiliki Farizal pastinya akan memainkan peranan penting untuk membantu pasukan terutamanya dengan begitu ramai pemain muda tersenarai.
‘Kita turut bersetuju untuk melantik pertahanan tengan, Shahrul Saad bagi membantu Farizal sebagai penolong kapten.” Kata Datuk Hamidin.
Perlawanan menentang Timor Leste adalah penting dan skuad Harimau Malaya perlu menang aksi ‘play-off’ itu untuk merebut tempat ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan sekaligus juga tiket ke saingan Piala Asia 2023.
Perlawanan menentang Timor Leste adalah penting dan skuad Harimau Malaya perlu menang aksi ‘play-off’ itu untuk merebut tempat ke pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 dan sekaligus juga tiket ke saingan Piala Asia 2023.
Antara sebab lain Farizal dipilih juga kerana kecemerlangannya bersama kelab Jjohor Darul Ta’zim dalam mengharungi Liga Super Malaysia 2019. Farizal adalah antara penjaga gol yang paling banyak melakukan clean sheet iaitu sebanyak 5 kali sepanjang Liga Super, berkongsi dengan 3 penjaga gol yang lain.
Selain dari itu pengalaman Farizal ketika bersaing dalam Liga Juara-juara AFC 2019 baru-baru ini menentang kelab gergasi Asia turut diambil kira. Pengalaman seperti itu tiada pada penjaga gol yang lain dan menjadikan Farizal Marlias menjadi ‘favourite’ berada dalam kesebelasan utama Harimau Malaya nanti.
Namun dilaporkan beliau tidak dapat sama-sama turun berlatih semalam kerana menghidap demam dan dijangkana ianya tidaklah begitu serious.
Foto : The Photoshooterz
Ulasan
Catat Ulasan