Sebentar tadi kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melalui perkongsian di media sosial, mengumumkan pelaburan di dalam bidang sains sukan dengan pembelian ‘Infrared Sauna Therapy’ dan ‘Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy’.
Tiga mesin ‘Infrared Sauna Therapy’ dan dua mesin ‘Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy’ dijangka akan tiba di pusat latihan JDT beberapa bulan lagi. Peralatan ini dapat membantu pemain pulih selepas sesi latihan, kecederaan dan menambahkan kekuatan fizikal pemain.
Bagaimana peralatan canggih sebegini berfungsi? Kami kongsikan sedikit informasi berdasarkan pencarian kami.
Terapi sauna inframerah
Teknologi inframerah di dalam rawatan bukan perkara baru di Malaysia. Bidang radiologi misalnya adalah salah satu cabang yang menggunakan teknologi gelombang mikro.
Terapi sauna inframerah adalah sejenis rawatan menggunakan gelombang elektromagnetik. Panjang gelombang yang digunakan kebiasaannya adalah antara 4-14 mikron.
Di dalam konteks sains sukan pula, teknologi ini akan membantu pemain untuk:
• Memperbaiki peredaran mikro dengan menghasilkan kesan getaran yang kuat dalam peringkat molekul serta mengembangkan saluran darah halus dengan kesan resapan haba inframerah jauh, peredaran mikro yang lancar ini meyumbang kepada;
• Meningkatkan kadar penghantaran oksigen dan nutrien di dalam sel darah kepada keseluruhan tubuh dan otak, merangsangkan tindakan hormon dan enzim, justerus meningkatkan imunisasi atau daya tahanan.
• Mengeluarkan toksin terkumpul dan di dalam tubuh serta memperbaiki peredaran sistem limfa yang biasanya merupakan teras kepada masalah kesihatan.
• Membantu tumbesaran dan penyembuhan cepat sel-sel badan, luka-luka luar dan dalam badan boleh menyembuh dengan cepat.
• Meneutralkan keasidan , membantu penyembuhan sakit sendi dan kecederaan ligamen.
• Menghilangkan kelesuan dan memulihkan tenaga dengan pantas.
• Menstabilkan tekanan darah, dan gula dalam darah.
• Meningkatkan kadar penghantaran oksigen dan nutrien di dalam sel darah kepada keseluruhan tubuh dan otak, merangsangkan tindakan hormon dan enzim, justerus meningkatkan imunisasi atau daya tahanan.
• Mengeluarkan toksin terkumpul dan di dalam tubuh serta memperbaiki peredaran sistem limfa yang biasanya merupakan teras kepada masalah kesihatan.
• Membantu tumbesaran dan penyembuhan cepat sel-sel badan, luka-luka luar dan dalam badan boleh menyembuh dengan cepat.
• Meneutralkan keasidan , membantu penyembuhan sakit sendi dan kecederaan ligamen.
• Menghilangkan kelesuan dan memulihkan tenaga dengan pantas.
• Menstabilkan tekanan darah, dan gula dalam darah.
Airpod Oxygen & Hydrogen Therapy.
Penggunaan ruangan oksigen da hidrogen di dalam sukan untuk merawat kecederaan menjadi semakin meluas pada hari ini. Apakah yang perlu kita tahu mengenai rawatan kecederaan menggunakan ruangan oksigen ini?
Bagi rawatan Oksigen yang disalurkan di ruangan oksigen ini berada pada paras tekanan atmosfera rendah. Di dalam konteks sains, ia dipanggil ‘hyperbaric’.
Ia digunakan khas untuk mempercepatkan rawatan berkaitan kecederaan di dalam sukan seperti kecederaan akut terhadap otot akibat pelanggaran (lebam) dan terseliuh buku lali. Ia juga merupakan rawatan yang sesuai untuk kecederaan sendi, ligamen dan tendon.
Oksigen merupakan elemen penting di dalam sel tisu tubuh badan manusia. Tisu yang rosak (cedera) memerlukan sejumlah oksigen untuk tujuan pemulihan. Kebiasaannya, tubuh badan menggunakan oksigen daripada air. Tahap ketumpatan oksigen yang lebih tinggi akan mempercepatkan proses rawatan.
Fungsi hidrogen di dalam rawatan sebegini juga tidak jauh dengan apa yang oksigen lakukan. Hidrogen mampu melegakan stress dengan cepat. Hidrogen kaya dengan antioksida. Kerana itu ia membantu untuk melegakan radang dengan cepat, serta memulihkan sel sebagai contoh selepas latihan, agar pemain mampu menampilkan aksi terbaik selepas menjalani latihan dengan intensiti tinggi misalnya.
Hari ini semakin ramai atlet samaada profesional atau amatur menitikberatkan proses pemulihan yang lebih pantas. Salah satunya ialah dengan bernafas menggunakan oksigen dengan bertekanan rendah (hyperbaric).
Kelebihan rawatan oksigen dan hidrogen
Berikut adalah senarai kelebihan rawatan yang diperolehi melalui rawatan di ruangan oksigen sepertimana yang Mohamed Salah lakukan:
- Meningkatkan penyaluran oksigen ke bahagian yang cedera.
- Proses pemulihan lebih pantas di tisu lembut, ligamen dan rekahan pada kecederaan.
- Mengurangkan bengkak dan kesakitan.
- Mengelakkan hypoxia pada tisu yang tercedera. (Hypoxia ialah satu keadaan dimana jaringan tubuh kita mengalami kekurangan oxygen akibat masalah lain seperti pembuluh darah yang tersumbat).
- Meningkatkan keupayaan sel darah putih untuk membunuh bakteria sekaligus mengelakkan jangkitan.
- Mempercepatkan pemulihan prestasi dan kecergasan secepat mungkin.
Bagaimana ia dilakukan
Ruangan untuk tujuan pengambilan oksigen atau hidrogen adalah bergantung kepada kemudahan yang disediakan oleh pusat rawatan atau kelab.
Proses pemulihan boleh dilakukan daripada seorang kepada 10 pada satu-satu masa, bergantung kepada kelengkapan yang dimiliki oleh pusat.
Proses rawatan tidak rumit. Malah ianya lebih mudah daripada yang anda sangkakan.
Pesakit atau pemain hanya perlu memakai topeng oksigen, dan bernafas seperti biasa ataupun berada di dalam ruangan oksigen dengan tekanan yang ditetapkan.
Tekanan oksigen yang ditetapkan ialah pada 2 atm. Manakala satu kitaran rawatan yang lengkap akan mengambil masa sekitar satu jam dan 30 minit.
Jenis ruangan oksigen/hidrogen
Terdapat beberapa jenis ruangan oksigen untuk tujuan rawatan yang berada di pasaran.
1. Monoplace Chamber: Ruangan ini hanya membenarkan seorang pesakit untuk dirawat pada satu-satu masa. Pesakit perlu baring di ruangan yang disediakan, dan bernafas dengan kandungan oksigen yang ditetapkan.
2. Multiplace Chamber: Ruangan sebegini membenarkan sejumlah pesakit pada satu-satu masa. Berbeza dengan monoplace, multiplace membenarkan sejumlah pesakit untuk menjalani rawatan pada satu-satu masa.
Beberapa buah kelab bola sepak seperti Manchester United misalnya, menyediakan ruangan yang membenarkan pemain yang mengalami kecederaan bermalam di dalamnya untuk tujuan proses rawatan.
Penutup
Sehingga kini JDT telah membelanjakan RM1.4juta untuk beberapa jenis peralatan canggih dalam memperkasakan kemudahan sains sukan.
Antara teknologi yang digunakan di JDT ialah ‘Saliva Testing Kits’, ‘Super Inductive System’, ‘Hypervolt Vibration Massage Device’, ‘Hydrotherapy Machine’ dan ‘Smartspeed System Gates’.
Dari segi kemudahan rawatan sebegini, harus diakui JDT berkemungkinan adalah kelab bola sepak yang mempunyai fasiliti terbaik di rantau ini.
Ulasan
Catat Ulasan