SAFAWI RASID DICALONKAN UNTUK ANUGERAH PEMAIN TERBAIK LIGA SUPER APRIL 2019



SAFAWI RASID DICALONKAN UNTUK ANUGERAH PEMAIN TERBAIK LIGA SUPER APRIL 2019

Safawi Rasid Dicalonkan Untuk Anugerah Pemain Terbaik Liga Super April 2019

Safawi Rasid dipilih antara calon Pemain Terbaik Liga Super untuk bulan April 2019 anjuran Persatuan Pemain-Pemain Bolasepak Profesional (PFAM) dengan kerjasama Asiana.my.
Pemain lain yang turut dicalonkan adalah Tchètchè Kiprè (Terengganu FC), Hèrold Goulon (Pahang FA), Sandro da Silva (Selangor FA) dan Indra Putra Mahyuddin (Kuala Lumpur FA).
Anugerah ini dianjurkan sebagai satu pengiktirafan kepada pemain-pemain bolasepak profesional yang terlibat dalam Liha Super Malaysia.
Undilah Safawi Rasid sebagai tanda sokongan anda terhadap pasukan JDT.
Anda boleh turut serta mengundi melalui laman http://bit.ly/supapril19.
Perikan dari PFAM :
Jika dilihat secara kuantitatif, 1 gol dan 1 bantuan gol sepanjang April 2019 mungkin nampak tak mencukupi untuk melayakkan nama Safawi Rasid dicalonkan. Tetapi jika persembahannya dinilai secara kualitatif, impaknya di sayap kanan JDT sepenting Gonzalo Cabrera di kiri.
Sepanjang April, Safawi mempunyai 11 percubaan tepat (termasuk 1 percubaan ketika menentang Pahang yang kelihatan seperti sudah melepasi garisan gol) – menyerlahkan bahaya beliau di kawasan final third.
Foto : The Photoshooterz

Ulasan