ROZAIMI PENYELAMAT JDT II



ROZAIMI PENYELAMAT JDT II

Rozaimi Penyelamat JDT II

Perlawanan ke-14 Liga Premier yang berlangsung di Sarawak berkeputusan seri 1-1 di antara Sarawak dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II).
JDT II terpaksa berpuas hati membawa pulang 1 mata apbila diikat oleh pasukan Sarawak. Sarawak mendahului pasukan JDT II pada minit ke 26 hasil jaringan Alif Hassan. Keputusan kekal sehingga ke waktu rehat separuh masa pertama.
Terlebih dahulu di separuh masa pertama, Sarawak berjaya mendapat sepakan penalti namun berjaya diselamatkan oleh Haziq Nadzli, penjaga gol JDT II.
Malang bagi JDT II kerana terpaksa bermain dengan 10 pemain kerana pemain pertahanan mereka, Bruno Soares telah dilayangkan kad merah pada minit ke 53 perlawanan.
Rozaimi Abdul Rahman telah menyelamatkan maruah JDT II apabila berjaya menghasilkan gol melalui sepakan penalti di minit ke-3 masa tambahan separuh masa kedua.
Dengan keputusan seri ini, JDT II kekal berada di tangga kedua Liga Premier sehingga minggu ke 14. JDT II berkongsi 26 mata dengan pendahulu Liga Premier, UiTM FC dan dipisahkan oleh beza gol. Manakala Sarawak pula masih berada di zon bahaya iaitu tangga ke 10.

Ulasan