REAKSI SAFAWI SELEPAS JARINGAN PERIBADI BELIAU KE 7 MALAM TADI

REAKSI SAFAWI SELEPAS JARINGAN PERIBADI BELIAU KE 7 MALAM TADI


Reaksi Safawi Selepas Jaringan Peribadi Beliau Ke 7 Malam Tadi

Oleh kerana terlalu gembira dan geram dapat menjaringkan gol, Safawi Rasid tlangsung tidak memikirkan langsung apa akibat yang akan diterimanya.
Gelagat Safawi menambat hati penyokong yang hadir menyaksikan perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah malam tadi. Perlawanan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos menyaksikan JDT berjaya menumbangkan pasukan Kedah 2-0. Setiap satu gol dijaringkan di setiap separuh masa oleh Leandro Velazquez (33’) dan Safawi Rasid (87’).
Safawi terus menanggalkan bajunya sebaik sahaja beliau berjaya menjaringkan gol kedua JDT. Ini bermakna janjinya tertunai untuk meledak gol ke gawang Kedah. Sebelum ini dalam perlawanan di Alor Star pusingan pertama Liga Super, Safawi juga menjaringkan gol tunggal JDT pada awal perlawanan minit ke 10. 
Safawi tidak terlepas dari mendapat perhatian pengadil perlawanan malam tadi dan tindakan beliau itu mengundang layangan kad kuning kepada beliau.

Ulasan