PROGRES PENANAMAN RUMPUT STADIUM SULTAN IBRAHIM, STADIUM JUARA LIGA SUPER
Progres pembinaan stadium baharu kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) sedang berjalan lancar dan dari masa ke semasa boleh dilihat perubahan demi perubahan.
Pengurusan JDT sentiasa berkongsi perkembangan dan progres pembinaan tersebut. Stadium baharu JDT tersebut, Stadium Sultan Ibrahim terletak di Iskandar Putri, Johor hasil ilham dari pemilik JDT, DYAM TMJ.
Upacara pecah tanah telah dilakukan awal pada Januari 2016. Pelbagai perubahan mengikut keperluan dan citarasa telah berlaku dan dijangkakan pada awalnya siap Mei 2019.
Namun Stadium Sultan Ibrahim itu dijangkakan dapat disiapkan sepenuhnya menjelang musim hadapan. Stadium ini berkapasiti sekitar 40 ribu penonton dan khusus untuk bola sepak. Tiada track atau balapan untuk aktiviti olahraga.
Melihat pada gambar progres yang dimuatnaik oleh JOHOR Southern Tigers, banyak progres telah berlaku. Sudah kelihatan rumput-rumput yang telah ditanam.
Stadium yang menelan belanja sekitar RM300 juta itu akan menjadi stadium rasmi kelab JDT menggantikan stadium yang sedia ada sekarang ini, Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin yang telah merekodkan juara Liga Super Malaysia lima tahun berturut-turut sejak 2014.
Stadium Sultan Ibrahim nanti akan dihiasi dengan lampu LED di sekeliling bangunan stadium berwarna merah, biru dan putih yang akan menyinar cantik diwaktu malam.
Walaupun sedang dalam pembinaan, stadium milik kelab JDT itu sudah nenerima tempahan jualan 10 bilik/ruang korporat yang bermilai RM10 juta.
Bagi anda yang ingin ke lokasi melihat sendiri pembinaan tersebut, bolehlah mengikut koordinat ini : 1.481513_N 103.61912_E
Berikut adalah video progress pembinaan stadium yang dirakamkan sebulan yang lepas oleh Southern Corridor Malaysia
Sumber : Wikepedia
Foto : JOHOR Southern Tigers
Ulasan
Catat Ulasan