TUNKU Ismail menerima jemputan untuk beraksi dalam sebuah perlawanan amal bersama pemain Barcelona. - JST
KUALA LUMPUR 10 Mei - Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerima penghormatan apabila dijemput untuk menyertai perlawanan amal bersama pemain Barcelona di Camp Nou.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Facebook Johor Southern Tigers (JST), pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menerima jemputan tersebut daripada pertahanan Barcelona, Gerard Pique.
“Pemain pertahanan Barcelona, Gerard Pique telah menjemput Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan wakil JDT untuk menyertai perlawanan amal bersama pemain Barcelona dalam aksi ‘friends and family’ di Camp Nou pada 21 Mei ini,” tulis JST. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan