PENGURUS KEDAH TIDAK GENTAR TANPA BADDROL – SAFAWI TIDAK SABAR TEMU KEDAH

PENGURUS KEDAH TIDAK GENTAR TANPA BADDROL – SAFAWI TIDAK SABAR TEMU KEDAH

Pengurus Kedah Tidak Gentar Tanpa Baddrol รข€“ Safawi Tidak Sabar Temu Kedah

Menjelang pertemuan antara Johor Darul Ta’zim di Stadium Larkin malam iini, kedua-dua pihak mahu menambah keyakinan terhadap diri dan pasukan masing-masing. Bagi pengurus pasukan Kedah, Al-Naliq Hasmi Abu Hassan yakin pasukan mereka dapat bermain dengan cemerlang dan seterusnya menundundukkan JDT.
Bagi Safawi Rasid yang terlepas perlawanan menentang Gyeongnam FC pula sudah tidak sabar mahu menjaringkan gol seperti dalam perlawanan pusingan pertama Liga Super di Stadium Darul Aman, Kedah.
Berikut adalah kata-kata dari Al-Naliq Hasmi Abu Hassan :
“Ini kerana sikap pemain yang sudah bertekad untuk bekerja sebagai satu pasukan dan mahu membuktikan semangat juang mencari kemenangan seperti yang diharapkan. “Memang ketiadaan kapten Baddrol Bakhtiar akan dirasai tambahan pula dalam perlawanan menentang pauskan teratas Liga Super seperti JDT, namun saya percaya semua pemain lain tetap dengan fokus mereka melalui perancangan yang diterapkan oleh ketua jurulatih Aidil Sharin Sahak selama ini.
“Bagi saya sebelum ini kita pernah menempuh perlawanan tanpa kesebelasan utama terbaik seperti Renan Alves, Rizal Ghazali, Shakir Hamzah dan lain-lain, namun kita dapat teruskan rentak permainan dengan baik dengan memberi saingan yang positif.” Kata Al-Naliq Hasmi
Safawi yang sudah tidak sabar bertemu Kedah pula berkata :
“Ya..saya tidak diturunkan dalam aksi terakhir ACL akibat penggantungan satu perlawanan, namun sepanjang berada di Korea Selatan kami meneruskan latihan bukan sahaja persiapan menentang Gyeongnam FC malah berlatih untuk berdepan Kedah juga.
“Pertembungan menentang Kedah adalah aksi terakhir sebelum rehat selama hampir dua minggu dan ia perlawanan penting bagi kami dan tidak boleh melepaskan peluang untuk mencipta kemenangan di laman sendiri.
“Kami tidak boleh terlalu selesa berada di puncak liga walaupun sudah menjarakkan 10 mata dengan Pahang, sebaliknya harus konsisten dan memberi fokus sepenuhnya dalam baki perlawanan liga terutama menentang Kedah,” kata Safawi
“Kami juga harus berwaspada dengan corak permainan Kedah yang kita tahu mereka dibarisi pemain hebat. Namun semangat saya dan rakan sepasukan selain semangat penyokong JDT akan cetus motivasi kepada kami memberi persembahan terbaik.
“Kerjasama berpasukan yang sudah lama dibentuk menjadi kunci utama untuk berdepan Kedah malah kami membuat persiapan rapi untuk berdepan Kedah dan sokongan daripada penyokong JDT akan menambah lagi kekuatan kami apabila turun beraksi nanti,” kata Safawi

Ulasan