Perlawanan di antara PKNS dan JDT pastinya menjadi tumpuan. JDT dalam usaha menjarakkan diri 11 mata daripada pasukan Pahang – yang tidak turun beraksi malam ini.
JDT terlebih dahulu di hadapan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-17. Safawi melakukan aksi solo dan ‘cut inside’ serta lencongan yang menewaskan penjaga gol.
Namun begitu anak-anak buah K. Rajagobal memberikan respon positif dengan gol penyamaan pada minit ke-30 menerusi Romel Morales. Satu serangan kilat yang membentuk 3 v 3. Farizal ditewaskan dengan percubaan sentuhan pertama Romel.
JDT cuba memperkemaskan rentak pada separuh masa kedua. Diogo kembali meletakkan JDT di hadapan menerusi satu tandukan yang mudah di hadapan gol pada minit ke-60.
Tiada tambahan gol dilakukan kedua dua pasukan selepas itu. JDT membawa 3 mata berharga.
Kemenangan ini meletakkan JDT kini 11 mata di atas pasukan Pahang. Sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam Liga Super dalam usaha mereka mencipta kejuaraan ke-6 berturut-turut.
Ulasan
Catat Ulasan