Malaysia Hilang Slot Automatik Kepada Filipina, Thailand Terima Slot 2+2 AFC Champions League 2021/22


Malaysia Hilang Slot Automatik Kepada Filipina, Thailand Terima Slot 2+2 AFC Champions League 2021/22


60310301_2180789938707603_6427722315731042304_o

Pasukan dari saingan Liga Thailand hampir pasti akan menerima slot 2+2 dalam saingan AFC Champions League musim 2021 dan 2022.
Ini adalah berdasarkan kedudukan semasa ranking AFC MA ranking Asia Timur, dimana saingan terdekat Thailand iaitu Australia tidak mampu untuk memintas mata Thailand dikedudukan ke 4 dengan perbezaan 11.092 mata.
Dengan kedudukan ini, Thailand akan menerima 2 slot automatik ke peringkat kumpulan dan 2 slot play-off AFC Champions League 2021 dan 2022, manakala Australia pula akan menerima 1 slot automatik dan 2 slot play-off.
Screenshot 2019-05-23 at 1.42.31 PM
TABLE BY FOOTYRANKING
Seterusnya, jika diperhatikan kedudukan 6 teratas Asia Timur – MA yang menerima sekurang-kurangnya 1 slot automatik, bagi musim 2021 dan 2022 nanti, Filipina juga hampir pasti akan menggantikan Malaysia dalam saingan AFC Champions League dan pasukan dari Malaysia akan kembali ke saingan AFC Cup.
Pasukan dari liga Filipina akan menerima 1 slot automatik peringkat kumpulan dan 1 slot play-off AFC Champions League manakala pasukan dari Malaysia masih mempunyai peluang ke AFC Champions League pada musim 2021 dan 2022 melalui kelayakan play-off.
Kedudukan semasa Top 10 AFC MA Ranking Asia Timur;
  1. China PR
  2. Korea Selatan
  3. Jepun
  4. Thailand
  5. Australia
  6. Filipina
  7. Malaysia
  8. Singapura
  9. Vietnam
  10. DPR Korea
Nota: Namun, ada juga berita yang menyatakan akan ada pertambahan slot pasukan yang bertanding selaras dengan hak penyiaran TV yang baharu mulai 2021. Sebarang keputusan atau perubahan rasmi akan diketahui sekitar September atau hujung tahun 2019.

Ulasan