Pengurus Johor Darul Ta’zim (JDT), Luciano Figueroa memuji barisan pemain Harimau Selatan dengan menyifatkan aksi sepenuh jiwa dipamerkan anak buahnya ketika menang 2-0 keatas Kedah di Larkin, malam tadi.
Kemenangan itu mengukuhkan kedudukan JDT di tangga teratas bagi meninggalkan Pahang di tempat kedua dengan kelebihan 13 mata.
Bagaimanapun, skuad bimbingan Dollah Salleh itu kekurangan satu perlawanan selepas aksi bertemu Felda United ditangguhkan kerana menghormati kemangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri‘ayatuddin Al-Muadzam Shah.
Di samping memuji anak buahnya, pengurus kelahiran Santa Fe, Argentina itu turut menghamburkan kata pujian buat Kedah.
”Kedah adalah pasukan yang bagus.”
”Ia satu permainan yang sukar namun pemain saya telah melakukan tugas yang hebat,” kenyataan Figueroa yang dikeluarkan di JOHOR Southern Tigers.
”Tiga mata adalah sangat penting bagi kami. Kami mempunyai begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol dan itu adalah salah satu perkara yang perlu kami perbaiki.”
”Semua pemain perlu memperbaikinya tetapi bagi saya, ini adalah salah satu perlawanan yang terbaik dalam liga.”
”Kami baharu sahaja pulang dari Korea tetapi saya merasa sangat teruja kerana para pemain telah memberikan aksi sepenuh jiwa mereka di atas padang. Saya perlu mengucapkan tahniah kepada mereka kerana telah melakukan tugas yang hebat.”
Perlawanan bertemu Kedah malam tadi menyaksikan Leandro Sebastián Velázquez membuka tirai jaringan menerusi jaringan cantik pada minit ke-33.
Safawi Rasid kemudiannya mematikan sisa perjuangan pasukan pelawat ketika aksi sebenar hanya berbaki tiga minit untuk keputusan penuh 2-0 memihak JDT.
Kredit foto: JOHOR Southern Tigers
Ulasan
Catat Ulasan