Langkau ke kandungan utama

Kashima jangka pertembungan sengit dengan JDT dalam ACL esok

JURULATIH JDT, Benjamin Mora (dua kanan) berjabat tangan dengan Jurulatih Kashima Antles, Go Oiwa

JURULATIH JDT, Benjamin Mora (dua kanan) berjabat tangan dengan Jurulatih Kashima Antles, Go Oiwa (dua dari kiri) sambil diperhatikan Pemain JDT, Hariss Harun ( kanan) dan pemain Koki Anzai (kiri) selepas sidang akhbar sebelum perlawanan antara JDT dan Kashima Antlers di Hotel Thistle hari ini. - UTUSAN ONLINE/Nur Aisyah Mazalan

JOHOR BAHRU 7 Mei - Juara bertahan, Kashima Antlers menjangkakan pertembungan sengit apabila bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi peringkat kumpulan E saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin esok.

GO OIWA



GO OIWA 
Jurulatih Kashima, Go Oiwa berkata, pasukannya memerlukan kemenangan ke atas JDT yang kini berada pada kedudukan tercorot bagi meletakkan mereka dalam kedudukan selesa untuk layak ke pusingan seterusnya sekali gus mempertahankan gelaran juara tersebut.
Beliau menurunkan kesebelasan utama yang berbeza ketika menundukkan Harimau Selatan 2-1 di Jepun pada Mac lalu dalam misi memburu tiga mata berharga.
“Ini adalah perlawanan getir buat kami untuk memburu kemenangan. Walau bagaimanapun, ini bukanlah tugas yang mudah kerana JDT mempamerkan corak permainan pantas dan barisan defensif mereka cukup teratur serta sukar dirobekkan.
“Apa-apa pun, kami sudah membuat persiapan rapi dan akan pastikan untuk mendominasi permainan pada perlawanan esok. Para pemain juga sudah bersedia sepenuhnya berdepan segala kemungkinan dalam misi membawa pulang tiga mata ke Jepun,” katanya dalam sidang akhbar di sini sebentar tadi.
Kashima berada pada posisi kedua dalam Kumpulan E dengan mengutip tujuh mata selepas mengharungi empat perlawanan manakala JDT pada tangga tercorot dengan satu mata. - UTUSAN ONLINE

Ulasan