JOHOR BAHRU, 26 Mei -- Pemain JDT Diogo Luis Santos melompat mengelakkan terjahan pemain Kedah Renan Da Silva Alves pada Perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin hari ini.Kedudukan separuh masa pertama JDT 1-0 Kedah.--fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA
JOHOR BAHRU 29 Mei - Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu Liga Super selepas menundukkan Kedah dengan keputusan 2-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, di sini malam ini.
Jaringan kemenangan tuan rumah diperoleh menerusi pemain import, Leandro Sebastian Velasquez pada minit ke-33 dan Safawi Rasid pada minit ke-86.
Harimau Selatan bagaimanapun terpaksa menunggu hingga penghujung perlawanan untuk mendapatkan gol kedua mereka setelah skuad Lang Merah berjaya mengekang serangan demi serangan pasukan tuan rumah.
Safawi bijak meletakkan dirinya di hadapan gol untuk menyudahkan bola hasil tampanan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim.
Kemenangan itu menyaksikan JDT terus menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan liga musim ini dengan mengumpul 39 mata setakat ini. - UTUSAN ONLINE
Ulasan
Catat Ulasan