JDT PERLU MENANG 5 PERLAWANAN LAGI – SELESA 10 MATA DI ATAS – PAHANG DAN PERAK SERI

JDT PERLU MENANG 5 PERLAWANAN LAGI – SELESA 10 MATA DI ATAS – PAHANG DAN PERAK SERI

JDT Perlu Menang 5 Perlawanan Lagi – Selesa 10 Mata Di Atas – Pahang dan Perak Seri

Perlawanan ke 14 bagi kedua-dua pasukan Pahang dan Perak menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi mata apabila mereka seri tanpa jaringan sehingga wisel penamat di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi.
Dengan keputusan tersebut, masing-masing beroleh 1 mata dan membolehkan JDT mendahului di atas dengan selesa 10 mata. Di kedudukan kedua adalah masih Pahang yang mengutip 26 mata, 10 mata di belakang JDT.
Johor Darul Ta’zim (JDT) selesa setakat ini dengan mencatat 36 mata hasil daripada 11 kemenangan dan 3 seri.
Daripada 7 perlawanan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, JDT mencatat kemenangan kesemua 7 perlawanan. Manakala 3 keputusan seri diperoleh dari perlawanan di tempat lawan.
JDT Mahu Ulangi Invincible 2016 ?
Hanya ada 8 perlawanan sahaja lagi untuk menutup tirai Liga Super 2019. JDT mempunyai peluang mencatat rekod perlawanan tanpa kalah buat kali kedua selepas catatan rekod pada tahun 2016. Pada 2016, JDT mencatat rekod tanpa kalah dengan 18 kemenangan dan 4 seri dengan mengutip 58 mata.
Berjayakah JDT mengulangi rekod tersebut dengan hanya berbaki 8 perlawanan lagi ? 

Bukan itu sahaja, JDT juga turut mengejar kejuaraan Liga Super buat kali ke 6 berturut-turut. Sehingga 14 perlawanan, JDT berjaya mendahului 11 mata dengan Pahang yang masih ada 1 perlawanan tertinggal. 
Dengan berbaki 8 perlawanan, JDT hanya perlu memenangi sekurang-kurangnya 5 perlawanan berikutnya selepas ini untuk menjuarai Liga Super Malaysia buat kali ke 6 berturut-turut.
Berapa Perlawanan Lagi JDT Perlu Menang ?
Untuk 8 baki perlawanan, mata maksimum yang boleh Pahang kumpul adalah 52 mata. Itu pun sekiranya Pahang menang kesemua baki perlawanan.
Bagi JDT, 5 kemenangan berikutnya sudah mampu mengutip sejumlah 53 mata dan ia tidak mampu lagi dikejar oleh pasukan lain. 

Perlawanan berikutnya bagi JDT adalah menentang Kedah(26/5), PKNP (16/6), Selangor(19/6), Melaka (26/6), Perak (7/7), PJ City(10/7), KL (14/7) dan Terengganu(21/7).
JDT akan bermain selaku tuan rumah menentang Kedah, Selangor, PJ City dan Terengganu FC.
Foto : The Photoshooterz

Ulasan