JDT MENUJU REKOD TANPA KALAH LIGA SUPER 2019



JDT MENUJU REKOD TANPA KALAH LIGA SUPER 2019


JDT Menuju Rekod Tanpa Kalah Liga Super 2019

Johor Darul Ta’zim (JDT) sudah mengharungi 14 perlawanan Liga Super Malaysia 2019 setakat ini dengan mencatat 36 mata hasil daripda 11 kemenangan dan 3 seri.
Daripada 7 perlawanan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin, JDT mencatat kemenangan kesemua 7 perlawanan. Manakala 3 keputusan seri diperoleh dari perlawanan di tempat lawan.
Hanya ada 8 perlawanan sahaja lagi untuk menutup tirai Liga Super 2019. JDT mempunyai peluang mencatat rekod perlawanan tanpa kalah buat kali kedua selepas catatan rekod pada tahun 2016. Pada 2016, JDT mencatat rekod tanpa kalah dengan 18 kemenangan dan 4 seri dengan mengutip 58 mata.
Berjayakah JDT mengulangi rekod tersebut dengan hanya berbaki 8 perlawanan lagi ? 
Bukan itu sahaja, JDT juga turut mengejar kejuaraan Liga Super buat kali ke 6 berturut-turut. Sehingga 14 perlawanan, JDT berjaya mendahului 11 mata dengan Pahang yang masih ada 1 perlawanan tertinggal. 
Sekiranya Pahang menang malam ini bertemu Perak di Stadium Darul Makmur, maka beza mata adalah 8 mata. Ini bermakna dari baki 8 perlawanan, JDT hanya perlu memenangi sekurang-kurangnya 6 perlawanan selepas ini.

Perlawanan berikutnya bagi JDT adalah menentang Kedah (26/5), PKNP (16/6), Selangor (19/6), Melaka (26/6), Perak (7/7), PJ City (10/7), KL (14/7) dan Terengganu (21/7).
JDT akan bermain selaku tuan rumah menentang Kedah, Selangor, PJ City dan Terengganu FC.
Grafik : BBST15

Ulasan