Langkau ke kandungan utama

JDT MENANG MUDAH, PAHANG DIKECEWAKAN PJBC



JDT MENANG MUDAH, PAHANG DIKECEWAKAN PJBC


JDT Menang Mudah, Pahang Dikecewakan PJBC

Johor Darul Ta’zim (JDT) menang mudah terhadap Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka sebentar tadi. Kemenangan 2-0 terhadap Felda mengukuhkan lagi kedudukan JDT di persada liga.
Kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain import JDT, Diogo Santo pada minit ke 38 melalui sepakan penalti dan diikuti pada minit ke 62.
Kesebelasan utama JDT : Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Leandro Sebastián Velázquez, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid
Dalam satu lagi perlawanan, Pahang tewas mengejut di tangan pasukan PJ  City BC 0-2. Ia merupakan kekalahan pertama Pahang dalam saingan Liga Super 2019.
Sehingga 12 perlawanan, JDT kekal di tangga teratas serta menjarakkan mata dengan Pahang. JDT mengutip 30 mata, manakala Pahang di tangga kedua dengan 25 mata, 5 mata di belakang JDT. 

Ulasan