Langkau ke kandungan utama

JDT makin kukuh, kebal

PENYERANG JDT, Safawi Rasid cuba melepasi kawalan pemain Felda

PENYERANG JDT, Safawi Rasid cuba melepasi kawalan pemain Felda United dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini. - Gambar JOHOR SOUTHERN TIGERS

KUALA LUMPUR 4 Mei - Pada ketika Liga Super sudah memasuki pusingan kedua, belum ada pasukan yang mampu mencalarkan rekod tanpa kalah Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas Harimau Selatan mengalahkan Felda United 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka malam ini.
Kemenangan itu juga menyaksikan JDT mengukuhkan cengkaman pendahulu dengan kelebihan lima mata selepas pencabar terdekat mereka, Pahang mengalami kekalahan mengejut 0-2 kepada pendatang baharu liga, Petaling Jaya (PJ) FC dalam satu lagi perlawanan di Stadium Petaling Jaya.
Dua jaringan penyerang import dari Brazil, Diogo Santo menerusi sepakan penalti pada minit ke-38 dan jaringan minit ke-61 memastikan Harimau Selatan pulang bersama tiga mata penuh, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 12 perlawanan musim ini.
Perkembangan terbaharu itu meletakkan JDT sebagai menjadi pilihan untuk meneruskan rekod luar biasa mempertahankan kejuaraan Liga Super untuk musim keenam berturut-turut. - UTUSAN ONLINE

Ulasan