JDT LEBARKAN PENGUASAAN MENUJU KEJUARAAN – MENANG BERGAYA TEWASKAN KEDAH

JDT LEBARKAN PENGUASAAN MENUJU KEJUARAAN – MENANG BERGAYA TEWASKAN KEDAH


JDT Lebarkan Penguasaan Menuju Kejuaraan – Menang Bergaya Tewaskan Kedah

Perlawanan Liga Super 2019 minggu 15 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin sebentar tadi antara pasukan Johor Daril Ta’zim (JDT) dan Kedah menyaksikan pasukan JDT melebarkan penguasaannya apabila berjaya menewaskan Kedah 2-0.
Pasukan JDT terpaksa bersabar menunggu sehingga ke minit 33 perlawanan untuk memecah kebuntuan setelah pemain import, Leandro Velazquez membuka jaringan. Gol itu terhasil melalui sepakan melencung cantik menerjah ke penjuru gawang gol dan tidak dapat diselamatkan oleh Ifwat Akmal, penjaga gol Kedah.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. 
Pada minit ke 70, Kedah terpaksa bermain dengan 10 orang pemain seleoas Rizal Ghazali dilayangkan kad kuning kedua. 
JDT berjaya menambah jaringan di minit ke 87. Jaringan tersebut dihasilkan oleh Safawi Rasid dan seterusnya menerima kad kuning kerana tindakan beliau membuka baju  meraikan jaringan tersebut.
Kedudukan kekal 2-0 sehingga wisel penamat. Penjaring gol JDT – Velazquez (1), Safawi (1)
Dengan kemenangan ini, JDT terus berada di persada liga meninggalkan Pahang 13 mata. Namun Pahang masih ada satu lagi perlawanan iaitu menentang Felda yang tertunda.
Sehingga 15 perlawanan, JDT berjaya mengutip 39 mata. Liga Super akan berehat panjang selepas ini. 
Barisan kesebelasan utama JDT : Farizal Marlias, Adam Nor Azlin, Afiq Fazail, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Leandro Sebastian Velezquez, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento.
Keputusan Liga Super hari ini :
JDT (2) – (0) Kedah
KL (4) – (1) PKNP
Foto : The Photoshooterz

Ulasan