JDT LAKUKAN DENGAN HEBAT – LUCIANO FIGUEROA

JDT LAKUKAN DENGAN HEBAT – LUCIANO FIGUEROA

JDT Lakukan Dengan Hebat รข€“ Luciano Figueroa

Kejayaan menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi Liga Super di Larkin semalam membuatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melebarkan cengkaman selaku pendahulu sebelum saingan liga berehat selama tiga minggu.
Pengurus JDT, Luciano Figueroa nyata gembira dengan kemenangan berharga itu terutama apabila menewaskan sebuah pasukan yang kuat seperti Kedah.
Jelasnya, pemain-pemainnya telah menunjukkan keazaman tinggi untuk mencatat kemenangan meskipun masih dibelenggu keletihan selepas pulang daripada Korea Selatan untuk menempuh perlawanan Liga Juara-juara AFC (ACL).
“Kami baru sahaja pulang dari Korea, tetapi saya merasa sangat teruja kerana para pemain telah memberikan aksi sepenuh jiwa mereka di atas padang. Saya perlu mengucapkan tahniah kepada mereka kerana telah melakukan tugas yang hebat.
“Kedah adalah pasukan yang bagus. Ia satu permainan yang sukar namun pemain saya telah melakukan tugas dengan cemerlang. Kami bermain dengan baik dan berjaya memenangi perlawanan.
“Tiga mata adalah sangat penting bagi kami. Kami sangat gembira bersama para penyokong kami, untuk Tunku Mahkota Johor dan semua pemain,” katanya.
Pada masa sama, Figueroa mengakui masih ada beberapa kelemahan perlu diperbaiki anak buahnya terutama dalam aspek ketumpulan penyudah meskipun memperoleh banyak peluang.
“Kami mempunyai begitu banyak peluang untuk menjaringkan gol, tetapi tidak berjaya. Itu adalah salah satu perkara yang perlu kami perbaiki. Semua pemain perlu memperbaikinya tetapi bagi saya, ini adalah salah satu perlawanan yang terbaik dalam liga.
“Saya pernah beritahu anda sebelum ini, JDT merupakan sebuah pasukan yang mempunyai ramai pemain yang berada di tahap terbaik dan semua pemain boleh bermain. Kami perlu kekalkan tahap ini,” katanya lagi.
Dalam aksi itu, gol jaringan Leandro Velazquez dan Safawi Rasid cukup untuk menghadiahkan tiga mata penting yang membolehkan skuad Harimau Selatan kini 13 mata mengatas pencabar terdekatnya, Pahang dalam saingan Liga Super.
Sumber : Sinar Harian

Ulasan