JDT KEKALKAN SKUAD MENUJU KEJUARAAN LIGA SUPER KALI KEENAM

JDT KEKALKAN SKUAD MENUJU KEJUARAAN LIGA SUPER KALI KEENAM

JDT Kekalkan Skuad Menuju Kejuaraan Liga Super Kali Keenam

Semua pasukan telah selesai menamatkan 15 perlawanan dalam saingan Liga Super Malaysia 2019 yang telah pun memasuki pusingan kedua. Hanya ada satu sahaja lagi perlawanan yang telah ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian, iaitu perlawanan antara Pahang dan Felda United.
Para pemain sedang berehat panjang hampir tiga minggu sebelum bersambung pada 14 Jun nanti.
Sementara itu, jendela perpindahan pertengahan musim sudah pun berakhir 2 hari yang lepas iaitu pada 29 Mei 2019. Sehingga tamat tempoh itu, dilihat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak seperti tahun-tahun yang lepas. Pada musim ini seakan-akan pengurusan JDT telah berpuas hati dengan prestasi skuad mereka kerana tidak berlaku sebarang pembelian baharu. JDT tidak pun mencari atau menandatangani pemain baharu pada pertengahan musim ini.
Mereka berpuas hati dengan prestasai skuad mereka terutama dalam mengharungi saingan Liga Super setakat ini. Dalam saingan Liga Super sehingga ke perlawanan ke 15, JDT kekal menghuni tangga teratas liga dengan mengutip 39 mata. JDT mendahului di hadapan pasukan kedua iaitu Pahang dengan 13 mata. Namun Pahang masih mempunyai baki satu lagi perlawanan.
Daripada 15 perlawanan, JDT memenangi 12 perlawanan dan seri 3 kali. JDT belum pernah tewas lagi sehingga kini. Kemungkinan catatan rekod seperti di tahun 2016 akan diulangi JDT di mana ketika itu JDT merekodkan saingan Liga Super 2016 tanpa tewas.
Pemain import seperti Hariss Harun, Gonzalo Cabrera, Leandro Velazquez, Mauricio Nascimento dan juga Diogo Dos Santo turut kekal bersama JDT dan tiada pengambilan import baharu. Mereka dianggap watak-watak kecemerlangan JDT musim ini.
Dua pemain import JDT, Gonzalo Cabrera dan Diogo Santo turut menjadi penjaring terbanyak Liga Super sehingga perlawanan ke 15.


Ada berbaki 7 perlawanan Liga Super yang perlu diharungi oleh JDT, 3 ditempat sendiri dan 4 di tempat lawan. JDT sudah boleh berkira-kira dan membuat perancangan keperluan menjuarai Liga Super buat kali keenam berturut-turut.
Melalui kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku, JDT boleh menjuarai lebih awal sekiranya memenangi baki 4 perlawanan. Itu pun sekiranya Pahang menang melawan Felda United. Namun sekiranya Pahang tewas, maka laluan JDT lebih dekat dengan hanya perlu memenangi 3 perlawanan sahaja lagi.

Ulasan